phpFaber TopSites 3.5
HooFoo.Net Manage another Free top blog top site for Blogger. Add Your blog to topblog.hoofoo.net and get more traffic to your blog , If you have not blog create it now from Blogs.lk | Blogger | WordPress
Total WebLog listed: 30
50000 Blogger Blog Index And 4000 Wordpress Blog Index
Blogger Blog Index | Wordpress Blog Index |Blog.co.in Index
Main Page | Browse Blog Categories | Top Winners Blog | Join TopBlog | Edit Member Info | Lost Code | Lost Password | FAQ | RSS
A-Blog    B-Blog    C-Blog    D-Blog    E-Blog    F-Blog    G-Blog    H-Blog    I-Blog    J-Blog    K-Blog    L-Blog    M-Blog    N-Blog    O-Blog    P-Blog    Q-Blog    R-Blog    S-Blog    T-Blog    U-Blog    V-Blog    W-Blog    X-Blog   Y-Blog  Z-Blog   
Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8    Page-9    Page-10    Page-11   

Yahzah Republic Blog

lebih baik berbudi pada tanah daripada berbudi dengan manusia.

FaviconSelamat Tahun 2009 2 Jan 2009, 5:35 pm

Happy New Year 2009, syukur kita semua dapat merasa tahun 2009. Banyak perkara 2008 yang masih tertangguh. Putus asa jangan sesekali. Rasanya sudahlama tak up date blog ni. Tahun 2009 ni banyak cabaran yang perlu ditempohi dan cabarannya 2 kali ganda 2008. Banyak perniagaan sudah gulung tikar tidak mampu maintent dengan pasaran sekarang. Dengan suasana suram pasaran saham dan banyak stok barang tak dapat dijual memeningkan kepala bagi semua pihak. Saya doakan semua member2 blog berasaskan pertanian di Malaysia terus tabah menguruskan perniagaan di hari-hari mendatang. Selamat Maju Jaya.

FaviconCerita bulan ini. 7 Dec 2008, 5:59 am

Sibuk bulan ni. Tak ada masa nak Up date blog. Sekarang aku tengah buat kertas kerja nak buat bisness baru . Buat bisness pasarkan Roti sadwish. Maybee 18 hb ni dah start pasarkan. Skarang dah hujung tahun so banyaklah kerja. Tapi projek pertanian berjalan seperti biasa. Skarang ni agak kurang bebannya. Sebab, minyak petrol harga sudah kurang dalam RM1-90. Terasa ringan bebannya. Ekonomi masih samar. Tapi kita kena kerja kuat. Sekarang nak je buat semua bisness tapi takut tak larat pula nak handle. Takut tak larat tu satu, takut semua tak kemana. Tapi tanpa kegagalan tiada kejayaan. Berakhir tahun 2008 banyak bende belum tercapai. Maybee 2009 tercapai.
Aku tengah setting masa aku. Masa bila kerja ( kerja tetap), masa bila nak bertani( firts bisness) dan masa bila nak buat projek roti sadwish (second bisness), nak balik kampung, kursus dan macamx2.Tapi itulah dah ada pembantu lain sikit kerjanya. rilex sikitlah.

Pembantu aku tu bulan ni dah masuk 2 bulan dah aku ambil dia bekerja. Oklah dia kerja. Senang sikit dia ada. Tapi part time malamlah. Malam je yang aku free. Buat masa ni dia buat bahagian kewangan.

FaviconBangkitlah bangsaku 13 Nov 2008, 5:40 pm

Hari ini dalam pukul 7.51AM aku buka internet baca utusan.Aku tertarik dengan artikel "Kenyataan Mahathir amaran kepada melayu". Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa sesiapa juga boleh menjadi Perdana Menteri tidak kiralah dia Melayu, Cina atu India yang penting suara majoriti.
Aku tak terkejut dan aku berfikiran positif mungkin ada faedahnya. Dengan suasana ekonomi dan politic sekarang kita perlu revolusi dalam pentadbiran. Tapi bangsa melayu sudah sedia ? Itu yang aku tanya kepada diri aku sendiri lebih tepat soalannya dah sediakah aku? Banyak perkara aku mesti kerja dan membuat persediaan dari segi ekonomi dan pendidikan.
Dan aku juga bangga dengan Pak Tani dan rakan2nya yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia menubuhkan satu netwoking seperti web forum lemongrass group.com bagi tanaman serai Malaysia. Rupanya ada juga insan yang berfikiran jauh seperti Paktani.
Kita perlu menjadikan contoh bangsa cina yang ada rangkaian atau networking disetiap bidang bagi menjamin bekalan. Kalau kita dah ada rangkaian kita sendiri kita dah boleh menguatkan ekonomi bangsa kita` dan secara tidak langsung dapat bersaing dengan bangsa lain.
Tapi kita perlu dengan satu langkah untuk menjejak kaki ke 1000 langkah. Itu yang penting.

Favicon2 syarikat gergasi USA hampir muflis (12.11.08) 11 Nov 2008, 5:11 pm


Kemenangan Obama mumgkin meredakan seluruh dunia tapi tidak meredakan dipasaran saham Dunia. Bila General Motors (GM) syarikat gergasi permotoran USA memohon bantuan kerajaan dan firma peruncit barang elektronik Circuit City menfailkan muflis. Satu lagi kejutan untuk rakyat USA. Dan menyebab ekonomi global mengalami penurunan yang teruk. Selepas Circuit City mengumumkan memfailkan muflis, 155 pasar raya telah ditutup. Dan pembungan pekerja semakin meningkat di USA. Kemenangan Obama tiada erti buat Amerika. Dan kita sebagai rakyat Malaysia berusaha meningkatkan simpanan peribadi, pendapatan dan juga meningkatkan rangkaian sesama kita. Apa yang saya tahu, amerika terlalu angkuh dan banyak negara tidak menjalin perhubungan ekonomi dengan Amerika. terutamanya berpaksi Kejahatan yang sering disebut amerika. Dan saya juga agak marah minyak kita dinaikan tanpa memikirkan nasib seperti kita rakyat biasa agak tertekan. Kini saya bersyukur minyak kita mengalami penurunan sedikit demi sedikit. Yang penting jadi iktibar kepada kita semua supaya bercermat dalam keadaan senang atau pun susah.

()

FaviconAku bangkit kembali 11 Nov 2008, 5:48 am


Selepas apa yang berlaku seperti anak pokok aku kena curi, masalah keluarga dan juga pekerjaan telah aku atasi dengan baik sekali. kini aku kembali dengan perancangan baru. Dengan tanaman pelbagai . Bendi , cili, tomato dgn pokok limau nipis. Dan tanah pun aku sudah cari tempat baru. Untuk mengelakan berlaku perkara yang berulang 2 kali.

()

FaviconPencarian tenaga pengajar Autocad berakhir 9 Nov 2008, 5:36 am


Rasa lega bila sudah dapat cari tenaga mengajar Autocad. Masuk kerja malam 23hb November 2008. Nama dia aku tak tahu. Aku hanya tampal iklan kerja kosong kat seluruh JB dan buat iklan kat internat. Dan urusan menginterview mak aku yang buat.Tapi lelaki budak lepasan UTM Skudai . Pada mulanya aku nak ambil perempuan tapi minta harga bukan-bukan. Itu yang pelik tu. Dia nak kerja ke aku yang nak kerja. So ambik keputusan aku dan family ambil budak lelaki ni . Mak aku bayar dia RM30-00 satu hari. Oklah. Untung budak sekarang tak tahu cari guru personal lagi. Time aku mak bapak tak kisah kau nak lulus ke tak ke.. pandai2lah nak hidup. Mak aku yang suruh cari tenaga mengajar untuk adik aku ni. Adik aku masih belajar semester 1 kat Uitm Shah Alam. Ambil jurusan arkitekcer. Nak buat pelan mestilah pandai Autocad. maybe kot. bagi aku satu je nasihat untuk adik aku yang bernama Nazriah ni, belajar pandai2 hormat orang tua dan hormati adikberadik yang banyak membantu semasa belajar, jangan lupa diri dah berjaya, jangan sombong . Itu saja aku pinta.

()

FaviconEkonomi dunia lebih teruk dari tahun 1997 8 Nov 2008, 7:53 pm

Pagi tadi macam biasalah aku buka internet baca utusan malaysia. Tajuk hari ini yang menarik minat aku "Krisis ekonomi lebih mencabar dari 1997". Kat situ ada mengatakan pada tahun 1997 malaysia hanya menghadapi penurunan mata wang tapi kini ekonomi menghadapi keruntuhan sistem kewangan, pasaran dan perdagangan antarabangsa.
Dan amerika negara paling berpengaruh dan terkaya pun menghadapi masalah besar dan teragak-agak untuk mencari penyelesaiannya.

Amerika cuba selamatkan pasaran dengan menyuntik AS$700 bilion tapi macam diduga pasaran menjunam juga. Selepas Barack Obama menang sebagai Presiden, pasaran menjunam lagi. Dan kini amerika buntu untuk memikirkan jalan keluar. Dan perlu diingatkan amerika atau USA merupakan negara paling banyak berhutang di bank dunia. Pasti korang tak percayakan. Pada masa lepas ekonomi amerika stabil walaupun memiinjam wang di bank dunia yang paling tinggi sekali tetapi seluruh dunia menggunakan mata wang USA dan ini memberi kelebihan kepada USA walauapapun berlaku seluruh dunia tetap mengunakan USD.

Tetapi kini sebaliknya, sudah banyak negara-negara lain mempelbagaikan simpanan matawang asing dan tidak tertumpu kepada satu mata wang sahaja.

FaviconPerakaunan Tersusun 4 Nov 2008, 6:27 pm

Sejak aku ambil pekerja bagi menguruskan kewangan sebagai pembantu aku, agak tersusun jadual kerja aku. Dah ada pembantu mudah sikit kerja. Kerja memang banyak. Dari start kerja 2007 hingga 2008 perlu disettlekan sebelum akhir tahun 2008. Ini tengah standby 2009. Buku kewangan perlu disediakan minggu ni. Untuk digunakan tahun 2009.

FaviconEkonomi semakin menguncup 2 Nov 2008, 5:57 pm

Dengan ekonomi pada masa ini semakin menurun dan kuasa membeli semakin rendah agak membimbangkan semua pihak termasuklah aku. Tapi bila aku peratikan kuasa membeli pada barang (barang kering) seperti pakaian , computer, aksesori dan bermacam lagi tiada lagi permintaan yang melambung. Tapi barang basah (sayur@makanan) semakin meningkat walaupun harga sayur naik. Dibandar tiada masa bagi seseorang tu nak menanam sendiri atau malu nak memegang cangkul jika dikata orang. Jika malu rugi sendiri. Itu je moralnya. Skarang ni mesti cari income lain jika nak terus hidup. Jika tumpukan satu income saja agak susah juga. Cuba fikir macam aku bujang tidaklah terasa. Tapi jika dah beranak pinak, macammana. Susu anak, pampers, bayar bil air, elektrik, telefon, astro, yuran anak sekolah, yuran van anak, yuran jaga anak, bayar rumah, bayar kereta, bayar pinjaman dan duit makan. Banyak.... Lagi-lagi duduk bandar. Bandar pula Johor Bahru atau Kuala Lumpur lagi parah. Sewa rumah paling murah kat JB RM500-00 habis, makana macam mana? itu yang kena pikir ribu kali jika nak kawin. Dengar cerita tahun2009 semakin teruk dan ekonomi USA jatuh merundum dalam sejarah. Dan tak dapat dipulihkan dalam masa 10 tahun. May be mengambil 15 tahun untuk pulih. Jadi bersiap sedialah dengan perubahan hari esok.

FaviconUruskan Masalah Adik Aku 2 Nov 2008, 8:16 am

Sejak akhir2 ni banyak pula masalah datang. Dengan anak pokok dicuri . Dan adik aku punya masalah nak kena settlekan. Skarang ni aku tengah mencari guru sambilan Autocad untuk ajar adik aku. Semester 1. Tak ada asas lansung. So aku iklankan nak cari tenaga pengajar. Dah lama aku iklankan kat internet tapi tak ada call. Tapi bila aku iklankan pembantu am ramai pula yang mohon. So aku pun try cari kat internet. Dapat. Tapi buku manual beginer asas belajar Autocad. Oklah tu. Adik aku lagi sorang ada masalah dia. masalah kawan serumah. Tak sebulu lahtu. So aku nak settlekan sewakan satu rumah biar 2 orang adik aku tinggal sebumbung tanpa rakan2. Senang sikit bila my family aku datang boleh bermalam kat situ.

FaviconAnak Pokok Semaian Dicuri 2 Nov 2008, 7:30 am

Seperti hari-hari biasa aku bangun tidur buat apa yang patut. Dalam pukul 7.30pg aku pergi tapak semaian aku nak siram. Bila aku tiba aku nengok semua anak pokok aku hilang.... Pening kepala dibuatnya. Rasa macam - macam dalam hati ni. Tapi aku cool... Pada mulanya aku rasa give up juga. Tapi fikir balik baik aku cari tapak baru. So dalam 1 hari bergabung tu esok ( bergabung sebab hilang anak pokok) aku merayau cari tapak baru. Ada tempat agak tersembunyi tak jauh dari tempat aku tinggal. Mula-mula aku cari kat kempas . Jauh. Tapi tak nampak tempatnya. So aku jumpalah tempat strategik dengan tempat tinggal aku. Tak silap aku kat jalan nibong. So lepas ni aku semai agak jauh dari orang. biar tak termasuk lubang yang kedua kali lagi.

FaviconTenaga Mengajar Part Time Autocad Johor Bahru . Diperlukan segera 1 Nov 2008, 4:54 am

Saya sedang mencari tenaga pengajar secara part time Autocad di sekitar Johor Bahru.

Masa: Pagi / Malam (boleh berbincang)

Pengangkutan: Pergi dan balik

Gaji: Boleh di Bincang

Jika berminat sila hubungi: 0197769164/ 0197762664

FaviconFakta Menarik 23 Oct 2008, 10:58 pm

Sumber http://agroville.blogspot.com/

• Etika bekerja di Japan: Kierie (cantik) & Speedo (kepantasan)
• Bekerja 12 jam sehari ( selagi nampak tanah tak boleh balik)
• Setiap kerja perlu kemas
• Masa adalah kos
• Setiap petani mempunyai lebih 20 jentera pertanian
• Tanah digunakan secara teratur
• Menggunakan baja kompos
• Sistem saliran yang baik
• Pemasaran diuruskan oleh koperasi iaitu JA
• Petani turut membungkus & memasarkan sendiri produk
• Kaedah penghantaran termasuklah kenderaan darat & udara
• Petani mempunyai pendapatan sehingga RM100,000.00 sebulan

FaviconPekerja Part Time 23 Oct 2008, 11:08 am







Dalam pukul 12.45PM aku dah sampai kat JPJ Johor Bahru. Janji nak jumpa pukul 1.00PM. Aku makan dulu kat kantin. Aku hantar mesej yang aku dah sampai. Dalam 5 minit minah ni pun tiba. Aku bagi surat tawaran dan surat perjanjian dengan masa dan gaji. Minah ni setuju. So start kerja 3 November 2008lah. Memang banyak kerja aku. Aku mesti settlekan dalam 34 dokumen dalam 3 bulan ni. So aku perlukan pembantu. Dia tak ada transport so aku hantar dan baliklah. Janji ada pembantu. Boleh aku tumpukan pada projek bendi aku. Dekat atas ni gambar dokumen kat atas meja aku dan kat bawah pun ada dokumen. Banyak. Ni yang dinamakan kerja.

()

FaviconPertanian adalah perniagaan 22 Oct 2008, 4:56 am




Seperti tahun - tahun sebelum ini selepas tsunami setiap tahun pada bulan 10 hingga 12 hujan akan turun dengan lebat. Tapi hari ini hujan pada keadaan biasa. Dan baik untuk tanaman.


Pokok bendi aku ada sedikit perubahan dan semangkin membesar. Projek ni aku mesti buat yang terbaik. Aku nak jadi petani yang berjaya. Ramai keluarga aku pandang sepi mengenai pertanian. Tapi tak apa. Aku akan buktikan. Bidang pertanian ni membabitkan makanan. Manusia perlukan makan dan minum. So dalam bidang yang betul aku pilih. Tapi keluarga aku ni jenis kuat makan gaji. Bagi aku makan gaji ok. Tapi pada masa yang sama aku nak buat perniagaan.
Tapi aku ikut kepala aku. Buat dulu baru tanya. Kalau tak tak jalan. Kita mesti ada pendirian. Jangan keterlaluan mengikut kata orang.

()

FaviconAnak pokok bendi 20 Oct 2008, 6:54 pm

Dalam pukul 7.30 am aku keluar rumah. Macam biasa aku pergi tapak semaian nak siram anak pokok bendi. Dah besar semua. So aku cabut yang mana perlu supaya tinggal satu je anak pokok setiap polybag. setiap anak pokok aku pacak satu kayu bagi buat sokongan. Masih kecik lagi. Tapi aku puas hatilah. So maybe 2 minggu dah besar dah mula nak buah. Dah start nak buah. boleh aku tunggu ia membesar bagi buat anak benih . So nanti aku target permulaan 100 bag. Terus je semai dan 100 menyusul selepas aku semai 100 bag yanga pertama.

FaviconPengajaran buat aku 19 Oct 2008, 10:21 pm


Pagi-pagi aku bersiap nak pergi balik ke JB lepas mandi aku kemas apa yang perlu aku terus pergi ke pekan tempat tunggu bas . Pukul 9AM. Tiba2 aku teringat kunci kereta aku tak bawa. kereta aku letak kat rumah makcik aku kat JB. So aku bergegas balik ke rumah. setiba kat rumah aku nengok kunci aku tak ada. Aku telefon mak aku tak dapat2. Aku terus pergi tempat tunggu bas. Tiba je aku tanya abang kaunter bus pukul 9 tadi dah lepas ke. Dah Lepas dah... Tiba2 handset aku bunyi aku nengok mak aku call. Aku tanya mak, mana kunci nya? mak aku kata ada dalam bag. Ah....... rasa macam nak menjerit je. Biasanya aku letak barang aku kat bilik aku senang aku capai. geram beb terlepas bas pulak tu. Terus aku balik. Petangle aku balik JB. Kat atas tiket aku yang hangusle tu......

Rugilah pula. Moralnya rancanglah terlebih dahulu sebelum lakukan sesuatu.

()

FaviconMisi balik ke kampung........ 17 Oct 2008, 12:22 am

Minggu balik kampung walaupun 2 minggu lepas baru balik, tapi aku balik ni nak beli barang kat kampung. Kat JB barang 2 kali ganda kat kampung maybe murah. Bayangkan kat JB satu kali makan RM6-00 (termasuk minumlah) kalau sehari 3 kali makan dah berapa satu hari ? RM18-00 sehari!!! kat kampung aku Muar RM6-00, 3 kali makan ...
So pengajarannya, budak kampung patut bersyukur duduk kat kampung boleh bercucuk tanam harga murah... nak apa lagi, tinggal berusaha saja. Aku kat JB mesti ikat perut banyak yang nak bayar. Bil air, api, Minyak kereta ( sesak, masa pergi dan balik kerja), Bising,sosial, memang susah nak cari orang alim.
Kalau aku duduk kat kampung fuh........ tapi nak buat ,,, hidup mesti diteruskan, matlamat mesti bulat... yeah... lihatlah dunia aku akan buktikan.
Selain aku nak beli barang kat kampung aku nak bagi slip gaji aku kat mak aku . Katanya nak beli rumah flat kat KLIA . Senang sikit nak pergi KL atau Shah Alam ke. Janji ada tempat berteduh. Mula-mula beli rumah flat dulu ialah harta sendiri tak kan nak harapkan mak dan bapa pula. Yang kaya mak ngan abah aku ... aku baru nak menapak. Flat...flatlah janji harta sendiri.....

FaviconBerhati-hati Sebelum Memulakan Penternakan - Kisah Monyet Dan Pisang 16 Oct 2008, 6:35 pm

Petikan teks: http://worm1blog.blogspot.com/

Saya setuju, memang perlu berhati-hati dalam memilih perniagaan/penternakan yang bakal kita jalankan. Bagi saya, semua usaha memiliki sisi positif dan negatif. Mungkin untuk masa ini penternakan cacing belum begitu menjanjikan......(ramai yang masih blurrrr)Saya teringat tentang satu eksperimen yang menggunakan momyet sebagai bahan ujikaji. Para penyelidik menempatkan 5 ekor monyet dalam satu ruangan yang terdapat tangga yang dihujungnya diletakkan 1 tandan pisang. Ketika salah seekor daripada monyet tersebut memanjat tangga untuk mengambil pisang, para penyelidik menyiram monyet tersebut dengan air sejuk. Akibatnya, ketika ada monyet lain yang mencuba memanjat tangga tersebut, monyet yang lain beramai-ramai melarangnya. Dan akhirnya tidak ada yang berani memanjat. Para penyelidik itu kemudian mengeluarkan monyet yang disiram air sejuk tadi dan memasukkan monyet baru. Demi melihat pisang di atas tangga, si monyet baru itu pun berusaha menaiki tangga. Namun gagal karena dilarang oleh monyet2 yang lama. Akhirnya si monyet baru itu tidak jadi memanjat, meski tidak kenapa dilarang. Lalu para penyelidik itu pun mengganti 4 monyet yang lama dengan yang baru. Sama seperti kejadian awal, monyet2 baru tertarik oleh pisang tsb. Namun monyet yang satu itu melarang kerana menurut pengalaman monyet sebelumnya tidak boleh. Akhirnya semua monyet itu tidak ada yang memanjat sama sekali dengan alasan yang tidak mereka tahu.....

Maksudnya - "Jangan pernah takut untk berusaha, apalagi hanya kerana ketakutan yang tidak beralasan, atau kerana kata orang lain. Usaha apapun pasti memiliki risiko dan prospeknya sendiri. Biarlah pengalaman itu yang mengajarkan kita."

FaviconKos Operasi 15 Oct 2008, 8:22 pm

Aku sedang buat kiraan bajet untuk buat projek tanaman bendi. Aku ada layari internet blog-blog seangkatan pertanian seperti hidup seorang pertani, ANR, agromass dan banyak lagi. Memang payah kerja sebagai petani. Melibatkan kos operasi beribu ringgi atau mungkin mencecah puluh ribu. iyalah, kos nak gembur tanah, bersihkan tanah, buruh, benih, baja dan banyak lagi. Tapi kena gayanya lumayan. Pada mulanya memanga makan kos yang banyak. Biasalah susah-susah dahulu senang-senang kemudian. Oleh dengan demikianlah aku ikutkan hati dan kepala aku sahaja aku nekad aku nak teruskan juga projek tanpa melibat kos yang puluh ribu tapi bawah 2ribu untuk satu projek ni. Percaya? Belum cuba belum tahu.

FaviconTapak Semaian 15 Oct 2008, 2:09 am




Orang anggap aku ni gila. Agaknya kot. Yelah buat projek dekat tanah orang. Aku pun tak tahui siapa punya tanah ni. Dah terbiar lama dah. So aku buat keputusan nak buat pertanian kat tanah ni. Tanam bendi. Tapi aku ada perancangan lain. Aku ada tanah lainlah kat area bukit mutiara. tapi buat satu persatu dulu. Hidup ni memang kena jadi penjajah. Tapi aku ni penjajah ke? yelah selamba je guna tanah orang buat pertanian pula tu.

()

FaviconBuat semaian bendi 15 Oct 2008, 1:40 am


Sudah 2 minggu kita menyambut syawal yang mulia ini. Dan sudah 2 minggu jugalah kerja kat office aku banyak tertangguh. Raya namanya. Mulalah fikir yang mana satu kerja yang nak aku buat. Sebenarnya kerja aku ni memanglah terlalu banyak. Dari bab buku tunai, cek, claim, dokumen kewangan, pembekal dan barang-barang yang perlu aku sediakan Local Order dan tugasan luar. Itu belum nengok office aku lagi lagilah serabut. Tapi tak apa bertenang.....
Bertenang, bertenang juga tapi siapa nak tolong aku buat kerja yang memang sedia berlambak tu. So memang dah lama aku rancang nak cari pembantu am pejabat untuk aku je. So aku carilah pekerja kat internet mudah.com.my dan aku offer dia job yang aku tawarkan. Part Time je. 6PM hingga 11 PM. 3 November start kerja . Nama dia wahida umur 30 tahun kerja tetap dia kat JPJ. So oklah. Dekat kat rumah aku.
Kini rasa tenang sikit ada pembantu. Sekarang boleh aku plan nak buat projek pertanian. So aklu mulakan dengan tanaman bendi. Tapi aku semai 7 bag saja. Nak dapatkan biji benih.

()

FaviconBil Perlu Settle 25-10-2008 8 Oct 2008, 8:35 am

1.Celcom Broadband-RM68

2.Astro-RM94

3. Bil Elektrik-RM20

4.Bil Air-RM30

5.Celcom-RM60

JUmlah RM272.00

FaviconGambar Kenangan Aidilfitri 1 Oct 2008, 5:43 pm

Jika Kesilapan Semalam Belum Terampun, Maafkanlah. Jika Kesilapan Hari Ini Menyakitkan Hati, Lupakanlah. Jika Kesilapan Esok Mendatang, Janganlah Dibawah Ke Akhirat. Selamat Hari Raya

()

Favicon 30 Sep 2008, 9:03 pm


()

Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8    Page-9    Page-10    Page-11   


Powered by phpFaber TopSites
Copyright © 2004-2007 www.hoofoo.net. All rights reserved.