phpFaber TopSites 3.5
HooFoo.Net Manage another Free top blog top site for Blogger. Add Your blog to topblog.hoofoo.net and get more traffic to your blog , If you have not blog create it now from Blogs.lk | Blogger | WordPress
Total WebLog listed: 30
50000 Blogger Blog Index And 4000 Wordpress Blog Index
Blogger Blog Index | Wordpress Blog Index |Blog.co.in Index
Main Page | Browse Blog Categories | Top Winners Blog | Join TopBlog | Edit Member Info | Lost Code | Lost Password | FAQ | RSS
A-Blog    B-Blog    C-Blog    D-Blog    E-Blog    F-Blog    G-Blog    H-Blog    I-Blog    J-Blog    K-Blog    L-Blog    M-Blog    N-Blog    O-Blog    P-Blog    Q-Blog    R-Blog    S-Blog    T-Blog    U-Blog    V-Blog    W-Blog    X-Blog    Y-Blog   Z-Blog 
Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8   

Melihat dari Mata Hati..

Erm....Akhirnya saya membuat keputusan untuk kembali menulis.. Barangkali saya cemburu dengan blog2 yang ada. Saya akui benar sampai saya selalu tidak punya masa. Saya mesti menulis, kerana menulis saya lega, namun belum puas. Ya hati ini perlu puas,kerana perjalanan hidup ini benar-benar singkat..

FaviconLawatan Bomba ke SKPA (2) 08-01-2009 8 Jan 2009, 7:48 am




()

FaviconCerita Tentang Perkahwinan (Along dan Zeti, Raub, Pahang) 8 Jan 2009, 7:42 am

Cerita ini telah lama. Namun sampai sekarang belum sempat saya perkatakan. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Along (abg Kash dan Kaza) dan Kak Zeti yang selamat sebagai suami isteri. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Maaf atas sebab yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat hadir pada hari yang penuh bermakna itu.

Terima kasih kepada teman yang sudi menghantar mesej bergambar kepada saya petang itu. Sekurang2nya dapatla saya merasai kemeriahan majlis di sana. Sama padan dijunjung sebagai Raja Sehari. Kalau panjang umur kita jumpa lagi.

()

FaviconPesan Ringkas Tentang Kemaskini. 8 Jan 2009, 2:24 am

Lewat petang tadi saya menerima pesanan ringkas dari teman saya yang berada di Bentong itu. Pesananya berbunyi Mengapa tidak update blog lagi? Em.. dalam hati saya tersenyum sambil tergelak2 kecil. Barangkali dia hanya melihat2 sahaja tidak membaca. Hahaha..

Alhamdulilah. Hari ini saya baru dapat kembali bekerja. Kelmarin Cuti Sakit dan semalam saya mengambil Cuti Rehat. Ya cuti untuk berehat. Apalah yang ingin saya katakan kalau saya sendiri tidak sihat. Pasti kalian bosan hanya mendengar cerita2 dan keluhan sakit saya yang tidak sudah2 ini. Hehehe.. Terima kasih kepada teman2 yang bersimpati ya.

Patutla teman yang seorang itu menghantar pesenan ringkasnya. Katanya di sekolah punya WiFi, jadi setiap harilah dia memasuki ruang sempit saya ini. Betul juga.. sehari tidak menulis tidak kemas kini. Patutnya harus terus menerus menulis. Hehehe..

Buat teman2 kemaskinila blog anda ya. Kalian sentiasa dalam kunjungan saya walaupun saya tidak meninggalkan jejak. Selamat sejahtera semua. Jumpa lagi.


FaviconHari Ini Saya Cuti Sakit. 5 Jan 2009, 7:47 pm

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Sakitnya saya tanggung hampir sudah 3 hari. Semalam sempat juga saya ke pejabat kerana baru buka persekolahan. Terlalu banyak kerja perlu diselesaikan. Di rumah juga saya ingat pasal kerja. Bagaimana saya mahu bersenang lenang sedangkan kerja melambak2 yang hanya saya yang harus selesaikan. Saya sempat juga mengadu kepada Kak Misnah (Ketua Pembantu Tadbir) yang saya menanggung kesakitan. Pesannya kepada saya kesihatan perlu dijaga. Saya katakan padanya saya mungkin akan ke Klinik esok untuk membuat pemeriksaan. Sekarang ini terlalu banyak penyakit dan sakit. Saya terlalu lemah, bukan senang untuk mengumpul kekuatan untuk ke Klinik dan Hospital itu. Tetapi saya perlu juga keputusan. Tuhan menduga saya.. Alhamdulillah.. saya telah selesai menjalani pemeriksaan. Soft Muscle saya cedera di bahagian dada. Ambil masa untuk sembuh kata doktor itu. Takpela asalkan paru-paru saya tidak dijangkiti kuman. Fikiran saya terlalu mendesak sehingga berfikir yang macam2. saya tidak batuk dan kahak berdarah. Saya pun tidak mengalami sesak nafas. Hahaha.. Semuanya ok kata doktor. Lalu saya minta cuti sakit untuk berehat. Terima kasih banyak.




Kembali ke persekolahan saya menerima cederahati dari luar negara (Eropah). Kerana niat juga seorang cikgu telah menghadiahkan saya kain pelikat. Terima kasih banyak2. Buat bos saya semoga berjaya temuduga di Putrajaya itu. Lepas ini selalu2 la belanja saya. Hahaha. Juampa lagi. Salam.

()

FaviconJika Ku Tak Bangun Esok Pagi.(Buat Teman yang disayangi) 5 Jan 2009, 2:33 am



Jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

Andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada Tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

Bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi mengganti,
Sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

Sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi

Nyanyian : Yusri KRU.

FaviconSelamat Tahun Baru 2009! 2 Jan 2009, 3:43 am

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. Selamat Tahun Baru 2009! Semoga dengan izin Allah dapatlah kita bersama2 menempuhi pelbagai dugaan dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Diharap jua ada keinsafan dalam diri saya sendiri dan kalian serta dimurahkan rezeki. Juga diampuni dosa2 silam. Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. Selamat Tahun Baru 2009!

FaviconMESTI BACA!! : Cara Buat Rakan Serumah Gila. 27 Dec 2008, 12:50 am


Bengang dengan rakan serumah? Tak tahu apa nak buat? Bersediala..

1. Setiap hari Jumaat, kemaskan segala barang anda dan beri tahu rakan serumah anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde org kat rumah. Kemaskan semula segala barang anda dan masuk tidor.

2. Setiap kali rakan serumah anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung rakan serumah anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…


7. Duduk di depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”



8. Setiap kali rakan serumah balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.


9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”


10. Kata kat rakan serumah “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila rakan serumah anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat rakan serumah tu bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau rakan serumah anda suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa rakan sewrumah anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai rakan serumah anda.


14. Bila rakan serumah anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

()

FaviconJuara Futsal Karnival Belia Sifar Dadah 'Lurah Bilut, Pahang. 25 Dec 2008, 12:38 am

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera. Selamat Hari Natal kepada semua yang menyambutnya. Akhirnya saya kembali menulis setelah beberapa lama menyepi dan hanya mengutuskan gambar2 sahaja. Menulis juga perlu ada cerita. Barangkali cerita saya tidaklah sebagus pemerhatian kalian terhadap gambar2 yang saya utuskan. Biarla kalian sediri menilainya. Kadang2 terasa blog ini bagai album gambar. Biarla apa panggilan sekali pun pengisiannya mengundang hati saya senang. Harap kalian begitu juga.
Pulang dari karnival dan pulang ke pejabat buat saya kembali sibuk. Akhirnya minggu ini baru saya punya masa untuk mengurus diri sendiri juga. Tahniah kepada seorang rakan saya yang berada di Puchong itu kerana berjaya menempatkan diri di Maktab Perguruan di Ipoh (mengikuti KPLI)Tak sangka akhirnya anda ke bidang perguruan/ pendidikan juga!! Ya.. rezeki manusia tidak siapa yang tahu. Kepada teman yang berada di Klang itu jangan mudah putus asa ya. Merayulah sehingga cita2 anda kesampaian.
Kepada teman yang berada di MBSA tu selalu2 menghubungi saya di sini. Jangan mendiamkan diri serta selalu2 la update blog ya agar saya tahu apa yang anda lakukan.. Selamat bercuti kepada semua. Selamat Menyambut Tahun Baru 2009!Semoga kalian sukses. Terimala gambar2 yang lewat saya terima tetang juara futsal Karnival Belia Sifar Dadah. Tahniah!!

()

FaviconSiapa dia? Lokasi Gelanggang Futsal, Lurah Bilut, Bentong, Pahang. 16 Dec 2008, 3:36 am




()

FaviconKarnival Belia Sifar Dadah, Lurah Bilut, Bentong,Pahang. Part: 04 16 Dec 2008, 3:30 am






















()

FaviconKarnival Belia Sifar Dadah Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Part: 03 16 Dec 2008, 3:26 am





































()

FaviconKarnival Belia Sifar Dadah, Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Part: 02 16 Dec 2008, 3:17 am















































































()

FaviconAntara Klau dan Benus, Bentong.(Teman Baru) 15 Dec 2008, 11:56 pm
















()

FaviconKarnival Belia Sifar Dadah, Lurah Bilut, Bentong, Pahang. Part: 01 15 Dec 2008, 11:53 pm






















()

FaviconKarnival Belia Sifar Dadah, Lurah Bilut, Pahang. 12 Dec 2008, 1:29 pm

Salam. Letihnya sesudah segalanya selesai. Saya bukanla orang penting dalam organisasi ini namun setiap tahun saya dijemput untuk membantu dalam menguruskan perjalanan program ini. Dari penyediaan khemah hinggala ke acara kemuncak program. Terima kasih kepada yang menjemput kerana percaya kepada saya. Terimala sedikit paparan buat semua.

()

FaviconPemergian dan Berakhirnya Penderitaan. / Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC). 11 Dec 2008, 7:36 am

Assalamualaikum. Selamat sejahtera buat semua. Malam ini saya agak letih kerana seharian bertungkus lumus menyediakan bagi menjayakan Karnival Belia Benci Dadah Peringkat Felda Luruh Bilut. Sebelum itu semalam saya cuti rehat setelah berkerja pada hari raya ke-2 aidiladha yang lepas. Semua ini telah saya rancang awal2 lagi. Semalam juga saya menerima pesanan ringkas yang memberitahu bahawa seorang cikgu di sekolah saya sedang nazak. Dalam fikiran saya mungkin beginila pengakhirannya. Lewat malam tadi saya dikejutkan dengan rakan serumah yang memberitahu cikgu itu utelah meninggal dunia.Dalam hati saya sayu.
Sebenarnya saya tidakla terlalu rapat dengan arwah, namun seingat saya dan saya mempercayainya sewaktu dia meminta pertolongan dengan dengan saya dia akan mengucapkan terima kasih selepas itu. dan perkara yang menjadi kenangan saya tentang arwah ini ialah sewaktu dia pulang dari berkursus di Pulau Pinang setahun lepas dia ada membawa ole3 (pelbagai jeruk buah)untuk rakan2 di pejabat termasuk saya. Sejak dari itu saya sangat suka dengan Jeruk Salak yang sebelum itu saya tidak pernah makan.Takziah saya ucapkan kepada keluarga Arwahyarhamah Suhanom binti Mohd Salleh di atas pemergian arwah.Alhamdulilah keseksaan, kesakitan arwah selama ini berakhir. Maaf saya tidak dapat hadir kerana tidak punya masa. Saya mendoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan ahli syurga. Amin.
Buat Guru Besar saya sayangi Tuan Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias,PJK,BPC,saya mengucapkan Tahniah di atas penganugerahan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) pada Hari Keputeraan ke-63 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tahniah!
Ketika ini saya masih di Felda Bilut, Bentong Pahang. Nantikan berita2 terbaru dari saya. Terima kasih..

FaviconSelamat Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 63! 11 Dec 2008, 7:31 am


()

FaviconKeterujaan 8 Dec 2008, 10:53 pm

Salam. Bertemu kembali. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada teman semua. Hari ini saya bekerja seperti biasa. Cuti sehari sahaja iaitu semalam yang sepanjang hari hujan terus menerus. Kata teman saya lewat malam tadi walaupun hujan rumahnya pada hari raya semalam namun rumahnya tetap didatangi penggunjung. Saya kata katakan padanya mungkin kerana mereka ingin menikmati masakan air tangan ibunya. Hahaha.. Memang terbukti masakan ibu teman saya ini memang sedap2.


Hampir 2 minggu ini teman saya ini selalu benar menghubungi saya. Selalu bercerita tentang teman barunya.Keluar makan2 di kfc, beriadah di kolam air panas, sembang2 di kedai karaoke. Em.. sampai saya teruja untuk bertemu mereka. Tidak sabar menanti saya berkunjung di sana.Lewat malam tadi yang terbaru dia menghubungi saya. Saya merancang akan ke sana hari Khamis cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor. Berkira2 menunggu masa.


Kedatangan saya ke sana juga bukan sekadar suka2. Saya akan membuat liputan sebuah majlis. Jadi nantikan berita2 dari saya. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Selamat Bercuti.
Ehsan : afdlin Shaufi
Jom tonton Los and Paon

()

FaviconTahniah!!! Selamat menulis.. (Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Akan Jadi Kenyataan) 2 Dec 2008, 11:24 pm



Tahniah kepada seorang teman baik saya yang berada di Klang itu kerana akhirnya membuka blognya. Selamat menulis.. dan jemputla datang selalu..
Cantiknya baju melayu.. tampak segak.. Cantik juga lampu kayu itu..
Lama tak jumpa.. Selamat Hari Raya Aidiladha..

()

FaviconBicara Tentang Teman 1 Dec 2008, 11:55 pm

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.Dan dia menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa ingin kedamaian.


Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Karena yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Karena cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Karena dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.


Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Karena dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan gairah segar kehidupan.


-Khalil Gibran-
(Gambar sekadar hiasan)

()

FaviconMatematik. Lihat dan Renungkan. 1 Dec 2008, 11:34 pm

Absolutely amazing!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
*****************************************************************************
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
*****************************************************************************
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
*****************************************************************************
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
*****************************************************************************

FaviconPerpisahan dan Pengakhiran. 1 Dec 2008, 4:21 am

Dua tiga minggu ini, saya cuba untuk menghubungi teman saya yang seorang ini. Berada di Tanjung Malim membuatkan saya jarang bersembang2 dengannya.Terlalu jauh dan saya tidak punya banyak masa. Seingat saya 5 atau 6 bulan lalu saya ada menghubunginya lewat pagi. Ya.. waktu yang sesuai benar untuk bersembang panjang2. Walaupun dulu saya dengannya pernah bertengkar namun sempat juga saya berbaik2. Bertemunya di Pasaraya TF di Behrang menyambung kembali hubungan dengannya selepas kehilangan telefon saya sebelum ini. Sempat menunjukkan gambarnya yang saya pernah ambil menggunakan telefon bimbit dahulu. Saya tidak pernah melupakan kawan2 walau di mana pun saya berada. Saya percaya dia senang bahawa saya tidak pernah lupakan dia di situ. Pernah juga saya menjemputnya ke Puncak Alam.

Semalam saya teringat akan teman ini. Saya terus mendail nombor telefonnya. Seorang perempuan menjawabnya. Lalu saya katakan kepadanya saya ingin bercakap dengan teman saya yang seorang ini. Kemudian seorang yang mengaku sabagai bapa kepada teman saya ini memberitahu bahawa teman saya ini telah meninggal dunia bulan sebelas yang baru lepas kerana kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Saya terkejut,tiada apa yang saya dapat katakan. Tuhan lebih menyayangi dia. Semoga rohmu teman dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan ahli syurga. Amin.. Alfatihah..

()

FaviconKembali dengan Berita Kecurian. 27 Nov 2008, 4:28 am


Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Bertemu kembali. Semalam petang saya telah selesai mengikuti kursus bahasa di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Hari ini saya kembali bekerja. Kembali ke Bandar Puncak Alam. Saya rakamkan aktiviti2 di sana buat tatapan kalian. Semoga kalian terhibur. Buat teman2 seperjuangan (Aida, Fidza, Elda, Pak Ahmad, Nizam, Hanif, Is, Wan, Mak Su, dll) Terima kasih banyak2 dan jika punya masa kita jumpa lagi. Buat teman2 di PUTRAJAYA jangan memandang rendah kami di sini. Ingatla kerja anda di sana hanya sekelumit dari kami di sini. Sila jemput ke sini untuk merasai. (Jangan marah) Selalu la melawat blog saya yang tidak seberapa ini.

Minggu lepas juga saya telah melepaskan peluang mengikuti Seminar Kebangsaan Puisi Melayu Tradisional Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka di Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Ternyata teman yang berada di Ijok, Kuala Selangor sempat juga meluangkan masa ke sana. Tulisannya yang terakhir begitu mengujakan. Saya sempat mengunjungi blognya walaupun jarang2 meninggalkan jejak.

Kelmarin saya menerima berita dari teman yang berada di MBSA, Shah Alam itu. Maaf saya tidak sempat untuk membalas kerana saya terlalu sibuk. Berita kecurian itu memeranjatkan saya. Mengapa manusia mencuri?? Saya pernah memperkatakan tentang itu suatu ketika dahulu. Petang ini saya terima kejutan sekali lagi. Teman baik saya yang selalu saya ingatkan supaya berhati2 juga telah kehilangan telefon yang mahal itu. Bagaimana saya ingin menghubungi anda? Saya harap teman2 bersabarla ya. Semoga si pencuri akan memulangkan apa yang dicuri dan mendapat pengajaran untuknya. Kembalikan..

Saya masih tetap di sini... dan terus tetap di sini. Jumpa lagi.
Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8   


Powered by phpFaber TopSites
Copyright © 2004-2007 www.hoofoo.net. All rights reserved.