phpFaber TopSites 3.5
HooFoo.Net Manage another Free top blog top site for Blogger. Add Your blog to topblog.hoofoo.net and get more traffic to your blog , If you have not blog create it now from Blogs.lk | Blogger | WordPress
Total WebLog listed: 30
50000 Blogger Blog Index And 4000 Wordpress Blog Index
Blogger Blog Index | Wordpress Blog Index |Blog.co.in Index
Main Page | Browse Blog Categories | Top Winners Blog | Join TopBlog | Edit Member Info | Lost Code | Lost Password | FAQ | RSS
A-Blog    B-Blog    C-Blog    D-Blog    E-Blog    F-Blog    G-Blog    H-Blog    I-Blog    J-Blog    K-Blog    L-Blog    M-Blog    N-Blog    O-Blog    P-Blog    Q-Blog    R-Blog    S-Blog    T-Blog    U-Blog    V-Blog    W-Blog    X-Blog    Y-Blog   Z-Blog 
Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8   

FaviconHIBERNATE 19 Dec 2008, 11:44 am

Bye bye Good Luck Take Care




Doakan kejayaan semua..
Wassalam

Favicon::penuh sederhana:: 8 Dec 2008, 11:59 am

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Alhamdulillah, Isnin lepas semua muslim meyambut ketibaan aidiladha dengan seadanya. Perayaan yang bertujuan memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim (A.S)untuk mematuhi perintah Allah swt bagi mengorbankan puteranya, Nabi Ismail (A.S). Itu dulu, yang lebih penting bukan sekadar tahu sejarah itu tapi mengambil pengajaran, (pesanan lebih kpd diri sndiri) bergantung kepada situasi diri masing2.

Aku mnyambut raya korban ini seadanya. Malam raya aku diserahkan mandat untuk berjuang bersama Aus memasak lodeh. Ikhlasnya aku memang takde idea apa tu lodeh yang aku tahu ia warna kuning... Apatah lagi housemateku yang lain mmg tahap moksya punya pandai masak sehinggakan aku terketar2 utk nak memegang senduk (maksudnya sangat cuak)... arghhh..taknak cite panjang2...tapi malam tu sangat indah...smua turun masak bsama2 sampaikan aku rasa cam aku tengah duduk di pasar malam...semua periuk, sudu, pisau, cutting board, pinggang, kuali, dan parang beterbangan ke sana ke sini (maksudnya sgt riuh rendah)

commitment plz!

commitment plz!






Alhamdulillah, smua selesai dimasak (rendang, kuah kacang, LODEH, cheese cake, nasi himpit,) sblum kul 11.30mlm...hajat untuk mempamerkan bakat istimewa memasak dadih segera perisa mangga tak kesampaian akibat kepenatan badan y minta utk direhatkan (apakah ayat nii??)Masuk bilik bukak lecture notes utk esok...cuba utk nak faham agar boleh skip lecture utk nak gi solat raya pagi esok...namun tak faham gak...(skrg dh faham la)...tengok Aus tgh duk call orang kampungnya-mak ayah, pak andak, mak andak, sepupu, adik, nenek sedara...aduhhh bising bilik jadinya ngn loghat pekat kedah dia tuu..~time tuh aku rasa loghat klate lagi mesra alam...

lalalala

lalalala
tengok jam dah kul 1.13pagi...ish mesti adik2 dan papa serta mama kat Bachok dah berkunjung ke masjid utk solat raya...namun ada semacam gesaan utk aku call kat family..cuba call telefon bimbit (ore klate panggil handphone) papa..no answer...cuba call mama...3 kali baru terjawab..baru jer nak cakap "ni ee, mama tak gi..." , terus dengar mama nangis..tak tau nape..mama tak cakap ape2, cuba teresak2 berpanjangan...hohoho...pohon ampun kat mama, halalkan makan minum...doakan kejayaan di sini... mama makin ok dan mula tergelak bila aku mngatakan y mama menangis sebab kena tinggal oleh papa, takdpt gi solat raya gak sebab lama sangat duk berhias..hohoho..itulah bondaku, sgt sensitif bila anak2 takde kat sisi tapi cepat pulak pulih..urm...~

Shaking Hands

Pagi raya gi lecture...baju melayu lengkap ber'sweater'...hati sayu tak pergi solat raya...takbir terngiang-ngiang di telinga (baca ngan nada gaya pantun empat kerat walaupun rima akhir tak sama)...free 3 jam sebelum lecture kul 4 petang lagi satu..amek kesempatan bertandang ke umah Hj Fauzi utk makan2....nampak la suasana raya bila anak2 malaysia bjalan cam itik godek-godek ...

ok laaa...selamat hari raya semua...selamat bercuti (kpd rakan2 di malaysia atau di mana2 shja)..selamat berpulon (utk rakan rc)...bye..









(video/mp4)

Faviconkebelakangan ni~ 5 Dec 2008, 11:43 am

siang makin pendek...
suhu makin rendah...(takde salji pun)
belajar makin susah...
exam makin dekat...
kepala makin gusar...
hati makin resah...
hidup makin kelam kabut...

masa ni, aku tercari2 sumber kekuatan...
dari ibu bapa... adik-beradik...
cikgu-cikgu...
kawan2 lama...
teman2 seperjuangan di depan mata...

aku rasa takut...
aku rasa terpencil...
aku rasa lemah...

bila jadi macam ni,
aku suka bersendiri...
cuba membina keyakinan diri...
menghadapi hari2 y hadir...

apa y aku nak buat?
sekadar termenung melihat gambar2 dulu...
terbayang kembali saat gumbira satu masa dahulu
dan,
berjalan2 sambil ambil gambar
dengan harapan perasaan makin terhibur...

dan waktu ini...
aku ingin kembali ceria spt dahulu...
tenang...
gembira...
ukhwah fillah...
kawan2 di sisi...

tolong...
tolong...
tolong...
bantulah aku...
aku manusia biasa...
aku ingin jadi seorang yang cekal...

skian...

p/s:pertolongan mutlak hanyalah dari Ilahi


gambar hiasan semata2 (diambil ketika jalan2)









()

Faviconharapan seorang bapa thadap anaknya~ 30 Nov 2008, 2:59 pm

Son & Father
hohoho laju sungguh update blog kali ni.
semata2 nak berkongsi mimpi y kelakar tp menginsafkan. Diceritakan secara ringkas ok~

Ditakdirkan malam semalam aku mimpi sesuatu yang tak pernah aku mimpi sebelum ni.


Aku mimpi aku dah jadi seorang bapa kepada seorang kanak-kanak... Budak yang berumur lebih kurang 5 atau 6 tahun. Sangat comel dan manja. Namun, walaupun wujud jugak watak ibu kpd budak ini, tapi aku tau siapakah dia. Dalam mimpi aku tu, aku hanya tau itu adalah ibu kpd kanak-kanak itu tapi tak nampak muka.Takpe, itu langsung tak penting. Jodoh di tangan tuhan.

Al-kisah dalam mimpi aku tu, aku dikisahkan tak sempat nak bersama ngn anak aku tu untuk jangka masa yang lama. Aku seolah2 terpaksa meninggalkan dia atas faktor kesihatan. Maksudnya aku akan mati dalam masa terdekat. So kesempatan yang ada, aku cuba lakukan yang terbaik sebagai seorang bapa.

Aku didik dia tentang nilai-nilai yang diajar dalam Islam
Aku didik dia untuk menjadi seorang yang berperibadi mulia.
Aku didik dia agar menghormati ibu bapa dan orang tua.
Aku didik dia supaya menjadi insan yang mampu berbakti kepada orang lain.
Aku didik dia tentang pentingnya sifat merendah diri dan tidak sombong.
Aku bersama-sama ibunya cuba yang terbaik utk memberikan didikan.


Dan, walaupun kesihatan aku makin teruk, aku langsung tak mengkhabarkan kepada anakku itu semata-mata taknak dia berasa sedih atau terbeban. Aku hanya mahu dia gembira selagi tak bertentangan ngn hukum agama.


Dan mimpiku habis di situ sahaja. Seriously, pada mulanya aku tersenyum bila bangun tidur. Cam kelakar pun ada mimpi tuh. Aku cuba recall balik dan aku mampu ingat satu persatu apa yang aku buat (sebab tu mampu tulis smua kat sini)

Dan satu kesedaran timbul. Tentang harapan seorang bapa terhadap anaknya.


Aku teringatkan ayahku. Aku juga terkenangkan ibuku. Betapa mreka pun ingin agar anak- anak mreka (kami adik-bradik) agar menjadi yang terbaik. Mase itu juga aku cuba mengimbas kembali akan didikan yang telah diberikan oleh kedua orang tuaku selama hampir 21 tahun aku hidup di dunia ni. Walaupun ada kadang-kalanya aku rasa macam kurang selesa atau tak setuju, sekarang aku seolah-olah dapat menyelami niat di sebalik setiap ajaran mereka. Mereka taknak aku mnyesal di kemudian hari. Mereka ingin aku menjadi seorang yang dapat berbakti kpd agama dan masyarakat. Mereka juga cuba memberikan yang terbaik kpd aku walaupun terpaksa mnyembunyikan perasaan sedih mreka semata-mata ingin aku gembira. Terima kasih yang tak terkira kpd kedua ibu bapaku. Semoga sihat dan bahagia di rumah sana. Kupanjatkan doa agar Allah mengasihani mreka lebih daripada mreka mngasihi ku ketika diri ini masih kecil.


Mommy Loves YouDaddy Loves You


Orang kata mimpi adalah mainan syaitan. Tapi aku yakin mimpi kali ni adalah satu anugerah dari Allah yang amat besar nilainya sebab ia mampu menginsafkan dan mnyedarkan aku.


Sekadar perkongsian. Pada mulanya aku rasa malu utk berkongsi namun aku harap kisahku ni boleh dijadikan ikhtibar kpd kita semua. Kalu tak dapat, takpe laa..

Wassalam

()

Faviconsuka dan tak suka 28 Nov 2008, 8:21 am

Rabu lepas genaplah 2 bulan aku menjejakkan kaki di tempat orang nih. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas nikmat kurnia-Nya yang tak terhitung ini. Sepanjang 2 bulan ini berbagai-bagai perkara yang aku alami... ada yang menggembirakan, meriangkan, menakutkan, mengerikan, menyedihkan, mengecewakan. Namun semuanya masih di dalam kawalan. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan seperjuangan di sini. Juga doa ibu bapa dari kampung halaman. Dah dah....ceria selalu.


Mungkin aku boleh berkongsi serba sedikit pasal apa yanga ku perhatikan di sini. Apa yang aku suka ialah



Jalan raya di sini disediakan ruang untuk kegunaan penunggang basikal. Ini menambahkan lagi keyakinan aku utk berkayuh di pagi hari ke RC. Masalahnya, laluan berbasikal bertindan atau bertindih dengan laluas bas. Kekadang aku rasa diri aku sekecil beras bila diikuti secara rapat oleh makhluk bernama Dublin Bus.



Sampah dikenakan bayaran. Cam pelik kan? Utk kawasan perumahan y aku diami (kebanyakan tempat lain pun), setiap plastik sampah harus ditampal sticker yang dibeli.Kalu tak tampal , petugas takkan amek sampah depan umah. Situasi ini mengajar aku utk bersungguh2 menguruskan pembuangan sampah. Yang mana dpt dikitar semula masukkan dlm tong sampah khas ( sampah y dapat dikitar smula tak kena bayar). Juga belajar utk menghargai plastik sampah.



Beg plastik kena bayar. Di shopping centre, beg plastik adalah bukan percuma. Kena bayar gak. Ini bertujuan utk mengelakkan pencemaran plastik (terkenang Mydin di kampung halamanku). Maka, jika ingin ke kedai, aku biasanya mbawa beg galas atau goodies bag siap2 supaya tak membazir duit.



Penggunaan laser card. Kebanyakan kedai ( yang kecik or y besar) menyediakan pkhidmatan bayaran dngn laser card dan duit akan ditolak scara automatik dari akaun bank kita. Kiranya tak perlulah bawak duit banyak2 dlm poket. Laser card brbeza dari credit card sbb takde charge dikenakan. Lagipun, boleh semak akaun bank kita 24 jam guna online banking. Namun kena hati2, jika pin code diketahui org, amatlah berbahaya. Boleh menangis air mata darah jika duit MARA habis dikebas orang..wawawa... help me Encik Khamis (pengarah MARA di Ireland)



Online purchasing. Yang paling famous (setahu aku) ialah eBay dan VikingDirect. Istimewanya pembelian online ni ialah harganya sangat jauh lagi murah daripada yang dijual di kedai-kedai biasa. Cumanya kena bayar untuk kos penghantaran, tapi masih juga murah. Kadang2 dapat percuma kos penghantaran.Penghantaran maksimum seminggu. Masalahnya kena guna kad kredit laa. Aku rasa basikal aku yang aku beli mlalui ebay (155euro jer), jika dibeli di kedai biasa mungkin mencapai 1000euro( sebab sangat canggih). Dan aku rasa sweater Muadz yang dia duk bangga2 ngn aku tu hanya 20euro jika dibeli ikut ebay (sori Muadz, tapi kenyataan~).



Kemudahan utk orang kurang upaya. Di sini orang kurang upaya juga berpeluang utk enjoy jalan2 di city centre dengan kerusi roda canggih mereka. Boleh self-control dan amat kiut. Guna bateri kot. Nmpak tenang jer mreka dengan kerusi roda tuh. Kadang2 secara bersama2 ngn geng2 kurang upaya. Tak pernah pulak aku nampak mreka racing sesama mreka. Kehadiran mreka pun diakui oleh orang lain. Jika ingin melintas jalan, biasanya kreta akan bhenti utk bagi peluang kpd mreka. Bas pun ada mnyediakan pelantar utk mnyenangkan mreka masuk kedalam bas. Kekadang, tatkala keletihan berjalan, aku rasa nak pinjam krusi roda tuh dari mreka~



Tiket flight yang murah.Ini membolehkan kami melawat negara2 europe apabila cuti menjelma nanti. Bukanlah satu yang mengejutkan orang dari Dublin ke UK utk menghabiskan waktu hujung minggu mereka (bukan aku la)... Tiket dari Dublin ke Sepanyol (InsyaALLAH bertandang ke spanyol lpas exam) pun hanya 25 euro..



Komuniti Islam yang prihatin. Apabila berjumpa di jalanan, restoren atau di masjid, ucapan salam tak lekang kedengaran walaupun saling tak mengenali.


Namun, ada juga perkara2 yang aku kurang suka



Peminta sedekah. Kat dublin ni, bilangan peminta sedekah agak banyak. "Any change sir??" merupakan satu bnda yang selalu didengari. Bukan bermaksud kedekut, tapi was-was adakah mreka betul2 mngemis atau hanya sekadar hobi. Yang paling tak tahan yang bawak baby atau kanak2 utk tarik perhatian, tapi bila dapat duit pergi beli rokok pulak..aduh..entahlah...sila bagi petunjuk..



Najis di jalanan. Pada awal2 ketibaan aku di sini, tdpat banyak najis2 anjing di ruang bjalan kaki. Time tu masih summer, so banyak la anjing yang dibawa berjalan. Walaupun kerap kali dibersihkan (setiap awal pagi dan senja), ketulan-ketulan tahi masih lagi jelas. .Pemilik2 anjing ni amat prihatin. Apabila anjing2 mreka menunjukkan pergerakan goyang2 punggung (mungkin sbb anjing tu cemas) terus dibiarkan melepas. Yang sempat mencari perdu pokok ok laa. Kalu tak, bergelimpangan la di atas jalan..urm..tapi sekarang musim sejuk ni anjing pun jarang kuar rumah. so jalan nampak lebih bersih.



Jalan yang sempit.Serius!!! Memang jalan kat Dublin amatlah sempit.Dahla sempit, ada ruang utk parking lagi di tepi. Makin la sempit (emosi~) . Walaupun sempit,semua benda boleh lalu. Dari sekecik2 basikal hinggalah sebesar2 bas or lori.Nasib baik helicopter tu terbang, kalu tak msti nak lalu jugak. Haishhh... Kalu Irish ni datang Malaysia, msti mrka kagum dengan kelebaran jalan di Malaysia, terutamanya lebuh raya Bachok- Kuala Lumpur. Tapi kat malaysia, faktor kematian utama (dengan kuasa ALLAH) ialah kemalangan jalan raya. Fikir2kan lah.

Pit Crew


Ini apa yang aku perhatikan saja. Mungkin banyak lagi perkara2 menarik utk dikongsi. Perlu terokai dengan lebih mendalam.Apa-apa pun bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri, lebih baik negeri sendiri lagi.Yang baik kita contohi. Yang buruk jadikan sempadan. Sekian dulu. Wassalam
tata...

Faviconkiranya baru ku tau ('',) 14 Nov 2008, 4:39 pm


Nabi Muhammad pernah memberi nasihat "tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri China". Mengapa baginda memilih negeri China? Setahu aku (dengan ilmu yang serba cetek ni) ada pakar-pakar sejarah mengatakan ketika baginda Muhammad SAW masih menggunakan kulit kayu dan kulit kambing sebagai tempat menulis, rakyat di China telah menggunakan kertas. Wallaualam.Minta diperbetul jikalau silap.



Keutamaan menambahkan ilmu pengetahuan memang tidak dapat dinafikan. Samada untuk kegunaan sendiri atau insan2 lain di sekeliling kita.Sepanjang keberadaan aku di tempat baru nih telah aku ketemui beberapa perkara yang samada aku tak tau atau salah maklumat sebelum ni.


Kiranya baru ku tau bahawa :(perihal di dapur)


  • kunyit berfungsi utk memberi kaler kuning kpd masakan (sbelum ni aku ingatkan kunyit nak bagi rasa ape2)

  • kita tak perlu masukkan biji lada kering sekali ke dalam blender. Cukup sekadar kulit lada kering tu jer selepas direndam dalam air panas

  • bawang putih, selain ditumis di awal masakan, ia mengandungi khasiat sbg antibiotik alami dan dapat memecahkan kolesterol y menyekat perjalanan darah serta dapat membantutkan ketumbuhan tumor (InsyaALLAH)


Selama ni aku tak tau (perihal kesihatan)


  • inguinal hernia bagi lelaki atau dalam bahasa Malaysia ialah angin pasang (bahasa Republic of Bachok-uluran) bukan disebabkan testis membesar (ini yang aku ingatkan sblum ni) tetapi kerana kandungan perut (abdominal contents) yang masuk ke dalam scrotum.

  • tidur dengan menutup kepala dengan selimut boleh menyebabkan kerosakan sel-sel otak kerana gas CO2 dalam udara hembusan tak dapat melepaskan diri (terkurung dlm selimut)

  • kalu spleen kita cedera (kena daya y kuat-berdarah etc..), kita akan dapat rasa sakit juga di bahu sebelah kiri sebab ada kaitan saraf.

  • untuk nak bagi suntikan kat bahagian punggung, takleh nak main2 suntik2 jer kerena dibimbangi akan terkena saraf (sciatic nerve). Kena suntik kat bahagian atas dan luar (upper and outer)

Tak tau la pulak camtu (perihal apa-apa sajelah)

  • Setiap bank di Belfast mengeluarkan duit kertas masing2. Kadang-kala ada sesetengah kedai tak terima duit yang dikeluarkan oleh bank A, hanya terima duit bank B.Terbayang kat Malaysia kalu Tesco tak terima duit dari bank CIMB, hanya terima duit dari Maybank-kacau bilau

sekadar berceloteh di tengah malam..huhuhu

wassalam

selingan:

kata2 bondaku ketika aku menyampaikan rasa rindu kat family di bachok

kerinduan,kesunyian kekandang tanpa diminta menerjah hati kita.ketika itu kita hanya ada kenangan untuk kita sandarkan bersama

kata2 seorang kawanku apabila aku mengatakan kerinduan kpd sahabat2 lama

jgn terkenang terlalu lama,keep on with life...org yg ditinggalkn sentiasa ada kalau sentiasa diingati

FaviconPerlunya pengurusan y bijaksana 9 Nov 2008, 3:44 am


Atas dunia ni, antara elemen amat penting ialah duit@wang@money@pitih (bahasa kampungku).Ada orang kata money makes everything, but money is not everything (yer ker??)... so hal ini menarik utk aku menulis psl duit..hahahaha..first time serius tulis entry..aiyoooo~


Eloklah kita berkenalan dulu dngn duit ni..hukhuk..sifat2nya ialah:-



  1. tak datang sendiri-perlunya usaha dan ikhtiar.mak ayah kita pun kerja sbb nak cari nafkah (duit)

  2. sangat senang utk pergi-oooo yang ni semua tau..leka berbelanja maka lesap laa duit

  3. ada roh sendiri-urm, ni kwn aku y bgtau. Roh di sini boleh diertikan sbgai keberkatan.Ada bezanya duit y diperoleh daripada keikhlasan, kejujuran bekerja, niat yang baik berbanding duit yang dipungut drp aktiviti penyelewengan, riba, rasuah dan sebagainya

  4. nafsu-duit ada kuasa utk nak spark nafsu.Bila ada jer duit, mulalah nak berbelanja tak ingat dunia sedangkan bila takde duit, ok ok jer...(ni bagi yang lemah didikannya)

Kalu sebegitu sekali sifatnya, duit kenalah diuruskan dgn baik.Tapi kenapa??



  1. Duit adalah amanah daripada ALLAH. kita akan dipersoalkan di akhirat kelak akan pengurusannya

  2. Elak hutang@cemas@tertekan apabila duit kehabisan

  3. Kesejahteraan bersama-Kalu kita takde duit mungkin kita akan menyusahkan orang ramai. Ada jer org y merompak sbb takde duit..See, na'uzubillah

  4. Generate more money-Pengurusan y baik amat perlu agar duit y ada dapat dipusing dan tidak habis camtu jer..

Elemen dalam pengurusan wang



  1. Cari harta-yang ni semua tau.tapi perlu ditegaskan, apa2 pun jenis pekerjaan, pastikan ianya halal...

  2. Kumpul harta-tidak bermaksud utk jadi kedekut

  3. Jaga harta-simpan & labur

  4. Agih harta-bergantung kepada keperluan masing2. Jangan lupa peruntukkan utk simpanan dan insurans

  5. Bersihkan harta-keluarkan zakat, derma etc...


Proses menguruskan perbelanjaan



  1. Kenal pasti-senaraikan perbelanjaan yang diperlukan

  2. Analisis-buat susunan berdasarkan darjah ke'penting'anya

  3. Rancang-utk perbelanjaan2 yang jarang tapi mungkin diperlukan.Contohnya masuk wad atau kemalangan jalan raya, kena baiki keta etc...penting tuu

  4. Disiplin-bertindak mengikut perancangan

  5. Muhasabah-bincang antara kawan2. Mungkin kita rasa kita punya pengurusan dah terbaik namun ada lagi yang lebih effective. So pakat2 bincang

Selaku pelajar, yang lebih penting ialah MENYIMPAN berbanding MELABUR. Perlu difahami konsep menyimpan di sini bukan bermaksud sekadar PARKING duit. Contohnya seseorang simpan duit selama 3 bulan....last2 pergi shopping dan makan2 then habis..tu dinamakan parking duit. Mana tau satu mase nanti duit itu diperlukan utk tujuan y lebih penting.


Aku ada terbaca bahawa selain daripada akhlak nabi kita Muhammad S.A.W yang mulia, Saiditina Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a juga tertarik kepada baginda kerana kebijaksanaannya dalam pengurusan wang.



Sekadar perkongsian. Sila beri tunjuk ajar.Wassalam

()

FaviconAkan Tiba Waktunya 31 Oct 2008, 10:37 am

Satu peluang melintas. Elok pada pandangan. Manis pada fikiran.


Namun...


Tak semua yang disukai boleh dimiliki. Bukan kerana sebab lain tetapi disebabkan masanya belum sesuai. Diri sendiri kurang bersedia. Hidup penuh dengan kronologi yang tidak boleh dipandang remeh rentetannya. Kekadang wujudnya komitmen lain yang memustahilkan aku untuk mengaut sesuatu peluang yang terbit. Yang utama perlu diprioritikan.
Tidak guna memilih sesuatu hanya kerana kewujudannya di depan mata dan ingin mengejar keseronokan dan habuan jangka pendek semata-mata kerana keadaan diri yang tidak bersedia akan menimbulkan situasi yang lebih rumit.Im afraid i'll ruin it.
Setiap org mempunyai prinsip hidup yang tersendiri. Tak semestinya keputusan yang diambil oleh orang lain merupakan pilihan yang terbaik untuk diri aku. Perkara yang sama mengenai masa. Setiap orang mempunyai "sudah tiba waktunya" yang tersendiri. Tidak boleh salahkan orang lain mahupun diri sendiri. Itu norma kehidupan.
Suatu hari nanti, aku mengharapkan peluang yang SAMA akan muncul kembali walaupun aku akan lebih bersyukur jika dikurniakan yang lebih baik. Namun, andai kata yang muncul di kemudian hari tidak sesempurna yang sekarang, aku masih bersyukur dan menghargainya kerana pada waktu itu aku memilihnya dalam keadaan diri yang telah bersedia.
~adakah ia yang TERawal atau aku yang TERlewat???~

:: success occurs when opportunity meets with preparation ::

()

Favicontunggang tonggeng 29 Oct 2008, 2:26 pm

Tanggal 29hb okt 2008 (cukup sebulan sebagai student rcsi berdaftar)


1.57tghari



Dalam keriuhan pelajar-pelajar JC1 Med menunggu lecture Clinical Competencies History Taking, tetiba hp ku meng"vibrate"kan dirinya...dalam hati (sape pulak call niii??)... Tengok-tengok...aik...WITHHELD...what the???Lantas aku berlari-lari keluar lecture hall dan menjawab panggilan....



Ee :Helooooo
Withheld :Helooo...R u Ahmad Fikri?
Ee :Yes i am (dlm hati-itu ayah aku)
Withheld :R u living at 218, south circular road?
Ee :Yes, sureeee (dgn keyakinan 100%)
Withheld :Ok Ahmad Fikri, here i have a parcel for u. I am in front ur house rite now...
Ee :Is it a bike?
Withheld :Yes, purchase from eBay
Ee :Alrite. (alhamdulillah)... now im not at home.You can press the bell and someone (my housemate) will take the bike...Thanks..
Withheld :Ok..i will


Dalam hati aku melonjak kegembiraan serta kesyukuran..kerana basikal yang dibeli rabu lepas telah selamat sampai...Terus mendapat kepastian drp Bro Jhaz (housemateku) tentang ketibaan basikal di rumah...Dia mengesahkan...wawawawawa...tapi, malang sekali ari tu merupakan giliran aku memasak..dan Afiq (pembimbing masakan aku) tidak memberikan aku peluang pun untuk memasang basikal (yang sampai tu 75% assembled) mahupun untuk menjeling.. huisssshhh




Masih tidak berputus asa.Keesokan harinya (ari ni) aku berlari-lari ke rumah setelah habis lecture semata-mata ingin pasang basikal...masalahnya, aku tak faham manual pemasangan..huhuhu....lama gak termenung..hampir bad-mood jap...tapi Izzat Kira-Kira (housemateku juga) tampil memberi bantuan...satu persatu dipasang...Faez pun turun membantu...Yunus pun datang beserta dengan idea "bernasnya" meminta aku memasang tayar di atas handle....sumpah seranah ke atas Yunus...




Jeng jeng jeng...siap akhirnya...tapi tayar takde angin lagii...camner nih???...tapi cuak nak letak kat luar sbb sayang dan takde kunci lagi....so letak la kat dalam bilik...bilik yaang sempit...alamaknya roomateku (AUS) bengang...hahahaha..lantak dia laaa..aku letak basikal tepi katil dia..haha




Akhir kata, trima kasih kpd Faez n Leh (Suhaimi) ats tunjuk ajar dalam pembelian basikal (walaupun amat memeningkan kepala) ...keduanya kepada Izzat Kira-Kira atas jasanya memasang basikal aku...paling penting ialah kpd Bro Jerm atas kesudian memberi aku guna kad kreditnya (agak gerun dgn "gurauannya" ttg faedah yang dikenakan)



Takleh panjang2 sgt..esok ada practical anat..kena revise....



wslm



p/s:suhu dan mencecah 1 darjah celcius....cam sejuk jer nak berbasikal ke klas...dan tetiba cam salah timing je beli basikal...haisshhhhh..takpe..berbasikal hujung minggu round2 dublin.Ya Allah, kurniakan keberkatan atas pembelian basikalku ini










()

Favicontatkala melangkah di bumi Allah 26 Oct 2008, 10:28 am

Jumaat malam (24hb)

Menghadiri ceramah bertajuk "Is Religion Relevant Today?" di Trinity College Dublin oleh Idris Taufik ,seorang bekas paderi yang kini merupakan seorang muallaf...seronok dan kagum walaupun 45% daripada masa ceramah itu aku tertidur (diulangi-TERtidur)...tetiba kekawan dari Galway mencalling2 memaklumkan ketibaab mereka di Dublin City Centre...sebenarnya ramai kawan2 dari UCC dan NUIG bertandang ke Dublin hujung minggu ini sempena Dublin Games di UCD anjuran Kelab Umno Dublin..lagipun Isnin cuti kerana Boxing Day...aku keluar awal dari dewan ceramah utk menjemput kawan2..rupa2nya di akhir ceramah itu ada seorang wanita Irish (yang asalnya Kristian) telah melafazkan ucapan syahadah..subhanallah...aku terlepas utk menyaksikan saat yang penuh bermakna..semoga Allah menguatkan nekadnya untuk menghabiskan sisa2 kehidupan di dalam satu2nya agama yang diredha Allah ni..insyaALLAH...


Balik umah, badan penat..fikiran letih..tapi bila memikirkan trip kami keesokan harinya (Sabtu), aku jadi segar...seniors kami Afiq dan Bro Jhaz akan mmbawa kami dan rakan dari Galway ke Botanica Garden dan Bray Beach...maka kami sama2 memasak...mmg meriah umah walaupun jam telah menunjukkan angka 12...Bro Jhaz masak sushi...Bro Afiq masak cekodok (tak tau perisa apa), Faez dan Yunus mennyediakan sandwich...yang paling hebat ialah masakan (yer ke makanan?) aku dan aus..kami berdua berganding bahu dalam mencuba resepi terbaru menggunakan bahan yang aku bawa dari Bachok (nyaris2 dirampas di Airport Frankfurt!)... setelah mngikuti segala arahan, akhirnya hidangan kami siap 100%-dadih segera perisa strawberry...kemudian tidur..kekawan NUIG dan UCC menumpang di rumah kawan2 serata Dublin ni...




Sabtu (25hb)
ramalan cuaca mengatakan hari ni akan hujan...kami mngharapkan ada kesilapan dalam ramalan tu tapi malangnya hujan turun secara bersungguh-sungguh..pasrah dan gelisah..tapi perjalanan masih diteruskan...kami berangkat ke Botanica Garden kul 12.20tghari walaupun plan asal kul 10pg..aishh..menaiki Dublin bas bewarna kuning pisang menambahkan lagi keriangan di hatiku..ditambah lagi dengan gelagat orang tua Irish (yang nakal dan jahat) yang meminta sandwich kami... huisshhh..takkan diberi...sampai di Botanica garden...waaaa..sangat lawa...masuk rumah kaca yang menayangkan pelbagai tumbuhan termasuk pisang dan cactus...kemudian jalan2 lagi di sekitar...banyak tupai yang amat jinak...sungguh seronok memberi makanan walaupun sedar bahawa tangan boleh tembus jika digigit...cari tempat sesuai dan makan bekalan y dibawa...kenyang sampai bonjol perot...hujan masih turun...lompat sana lompat sini...posing sana posing sini...guling sana guling sini (hohoho tak perlu menipu)...last sekali bertolak ke city centre balik utk solat Zuhur sebelum meneruskan pjalanan ke Bray Beach






Perjalanan 1.5 jam (ngn bas) membuatkan kami memilih utk menaiki train ke Bray (much much faster) ...first time naik train ni mmbuatkan aku sangat teruja sehingga ingin terjun turun..huhuhu...masih boleh mengawal diri...sampai di sana terus terpegun lagi terkesima sehingga hampir berdarah hidung dek kehebatan cintaan Allah bernama pantai ini..bezanya pantai di sini ngan pantai di Republic of Bachok ialah di sini pantai berbatu dan bertebing tinggi...sebelum mendaki bukit kami sempat menunaikan solat Asar...ada beberapa orang kanak2 Irish yang memerhatikan kami sembahyang...mereka agak nakal dan hampir membuatkan aku sakit jantung sebab terkejut apabila ada sorang boy ni dengan slumber badak sumbunya meletakkan tangannya di bahu aku utk amek gambar..hohoho..nasib baik aku tak membelai pipinya dengan lututku yang amat pantas ni..hohoho (kepada kwn2 yang di tempat kejadian-rahsiakan perkara sebenar yang blaku)...





kami mendaki satu bukit di tepi pantai..amat tinggi....terus berjalan..angin kuat..teruskan lagi berjalan..angin kian mengganas..mataku menjeling ke arah kawan2-Danial tercungap-cungap, Cik Lim senyum kambing, Izzat Kira-kira sangat serius, Izzat Korea asyik duk amek gambar, Muyih mendaki, Aus tergolek berpusing-pusing, Faez berlari-lari...Bro Jhaz tenang menunjuk jalan dan Afiq dan Khairi tak kelihatan (main sorok2)...tanah lembab dan licin akibat hujan menambahkan lagi cabaran...namun puncaknya kian terbentang di atas sana...aku cuba menghiburkan suasana dengan mendendangkan lagu "Menuju Puncak Akademi Fantasia" namun takde sape yang layan..hampeh...sesampainya di puncak....Ya ALLAH...begitu indah ciptaan-MU...permandangan dari atas sana sangat menakjubkan sehingga tak terhurai oleh kata-kata... bandar... laut terbentang luas...bukit..wawawawa...semua rakanku memposingkan diri ala-ala cover album Westlife..mmg takleh blah..tapi aku turut sama..lantak laaaa...pastu ada pulak aktiviti menjerit-jerit...lepaskan tekanan batinmu..hahaha..aku pun jerit gak..memanggil Payat, Mirul dan Ainna di kepulauan UK sana..tak tahu mereka dengar ke tak..mybe Payat tgah bermesra ngan twisties...lupakan...yang pasti gambar sukar diambil di atas sana kerna angin sangat kencang..kamera pun tergetar-getar..diriku sendiri telah mula TERterbang, nasib baik sempat dipegang oleh Danial...kalu tak msti aku dh mendarat di Chezh sana...setelah puas bergumbira, kami berjalan menuruni lereng bukit dan berlepas ke City Centre skali lagi..namun akibat terlepas train, kami solat maghrib di tepi landasan train sbb waktu maghrib hampir tamat...huhuhu





sesampainya kami di city Centre, kami singgah di Madina Restaurant..oh yaa, lupa nak kenalkan sorang lagi senior...antara watak penting dalam trip kami hanya disebabkan dia belanja kami semua makan di restaurent Madina tu....baru lepas grad..kerja di satu hospital di Dublin...luruh buah pinggangku mendengar gajinya...tapi tu soal kedua..yang penting dia amat merendah diri n sudi berkongsi pengalamannya di sini hampir 6 tahun..makan makan makan dan makan...alhamdulillah...


balik...zzzzz..terus tertidur...bangun kul 2 pagi utk bukak stocking dan solat isyak.. huhuhu..kemudia sambung tidur..zzz
seikhlas hati...aku sangat gembira dan berterima kasih kpd Bro Jhaz n Afiq kerana mbawa kami jalan2...wassalam

P/S:kekawan dari Galway dan Cork pulang ke tempat masing-masing pada petang ahad...selamat tinggal semua..insyaALLAH berjumpa lagi

()

FaviconHukum Cabutan Bertuah & Bentuk Peraduan, 24 Oct 2008, 7:10 pm

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم

Ertinya : "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" ( Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-

إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah )

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu : -

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani)

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu.

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.


2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

Jenis Cabutan Yang Halal
Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 )

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Hukum : Ia adalah halal.

b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.
Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.
Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.

Permainan @ Peraduan Moden
Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)
Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu.
Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) : adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.

2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya.
Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis.

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)
Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.
Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 )

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang.
Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah.
Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.
Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.
Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6) Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.
Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 )
Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.
Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :-
1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

FaviconPersonal Assets-adakah satu pembaziran??? 19 Oct 2008, 7:26 am

assalamualaikum...


slpas balik dari majlis Sambutan Pelajar Baru bagi plajar2 tahun 1 yang baru menjejakkan kaki di Ireland yang diadakan di RCSI oleh PPIMI smalam, satu benda yang menarik perhatian aku ialah perancangan kewangan selama keberadaan di sini...


tiba2 terfikir aku ni buat tak perancangan kewangan duk sini...rasanya main beli jer apa yang terlintas di fikiran..haha...banyak dah "personal asset" yang dah dibeli takpun yang terbeli...menyebabkan aku terasa sedikit bimbang akan ketandusan wang satu hari nanti..tapi seniors meyakinkan aku dngn 935euro sebulan, usah bimbang....tapi aku tetap bimbang gak...aku jeling smua barang2 yang aku telah beli...rasanya semuanya bermanfaat..so aku tak perlu menyesal...hidup mesti diteruskan...hahaha

KASUT
baru dibeli semalam apabila kasut yang sedia ada telah mula terkoyak..ni kali pertama aku beli kasut sendiri kerana sbelum ni aku ditemani oleh abang aku..satu pengalaman baru..lama duk tengok...oh yer lupa lak..kasut ni dibeli di Tk Maxx, satu kedai kat Stephen Green Shopping Centre..akhirnya beli jugak..harap2nya elok2 aja...



BLOWER

urm, satu bnda (PERALATAN ELEKTRIK) pelik yang aku rasa penting di desa dublin ni..aku beli blower ni di Argos 2 minggu yang lalu..bjaya menghilang rasa menggigil tatkala di dalam bilik..namun penggunaan yang berlebihan akan mengakibatkan bil elektrik melonjak lantas membebankan seluruh housemaeku..takpe...guna bila perlu jer...semburan udara panas amat dinanti2 kan di sini..mak aku cakap kat malaysia takde orang pun nak panas..hohoho...bersyukur je laaa...




PRINTER
3 in 1...printer,scanner and copier..satu lagi aset yang telah dibeli di sini..tapi yang ni aku kongsi ngan Aus (roomateku)...pembelian printer 3 in 1 ini adalah berikutan kelecehan yang terpksa ditempuhi jika ingin mengunakan printer n potostat di Library RCSI...kami amat sayangkan printer ni..dijaga dengan baik...canon..walaupun harganya mahal, tapi berbaloi.. aku masih ingat Aus menggigil tatkala menghulurkan 60euro utk membayar printer tuh......dulu kat KMB aku dh gunakan canon...tetiba teringat si Adam Lutfie yang masih belum menjelaskan janjinya ingin menggantikan balik 10 refill ink printer aku..akan aku tuntut bila bersua dengannya.. hohoho...ink kat sini agak mahal daripada malaysia...refill pun mahal gak...adakah aku perlu meminta mak aku mengirimkan dari malaysia beserta barangan2 yang lain??? akan difikirkan kemudian...



PAKAIAN

rasanya aku paling banyak spend untuk pakaian di sini...sweater..sarung kaki dan sarung tangan... longjohn...towel...hanger etc...semuanya semata2 utk keselesaan (satu keperluan sebenarnya)... yang terbaru aku beli baju tebal (yang warna cerah tu)... sangat simple n murah tapi tetap selesa di pakai di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. namun ada suara2 sumbing yang tak puas hati ngn baju aku ni...Aus mengatakan baju aku ni kelihatan sperti dibuat daripada kain yang dikitar semula daripada kain langsir yang sebelumnya itu lagi adalah cadar tilam..memang hampeh Aus ni..tapi takpe..aku selesa..hahaha...kata Luqman, baju tebal yang trendy amat penting baginya untuk menarik perhatian pelajar-pelajar lain di RCSI...pasrah aku mendengarnya..tapi tak kisah laa..asalkan smuanya bahagia...


LAIN-LAIN

Aku dah roometeku Aus selalu pergi shopping sama2..persamaan kami adalah kami amat prihatin tentang harga..hahaha (bukan kedekut)...so tempat yang kami slalu pergi ialah Tesco dan beli Tesco's choice yang sememangnya murah... tapi ada barang-barang Tesco yang kami beli diketawakan oleh housemates yang lain..-susu, chocolate, tea bancuh, roti etc...hahaha takpe.. tapi memang benar..sebahagian keuntungan tesco disumbangkan kpd israel.. so kami kena belajar untuk berpada-pada dalam membeli barangan tesco


laptopku yang sangat tebal dan berat

AKAN DIBELI-BASIKAL


aku rasa telah tiba waktunya utk aku beli basikal.. 25 minit jalan kaki ke rcsi stp pagi adalah sesuatu yang agak membazir masa (penat jugaj)...tambahan pula roomateku Aus telah mempunyai basikal second-hand nya yang tersendiri.. takkan aku nak jalan sorang2.. lagipun Izzat Ashraf (housemateku dari Intec) yang selalunya amat peka (peka secara luar biasa) tentang cash-flow pun telah membeli basikal.. tunggu..akan ku beli juga..nanti hujung minggu boleh naik2 basikal gi jalan ke umah nabil di Belfast...
akhir kata, rancanglah sebelum membeli sesuatu tapi jangan terlampau berkira...bak kata Yunus tak rugi kalu kita invest some value of money utk pelajaran...thanks yunus atas nasihat kamu...paling penting duit utk balik malaysia tahun depan mesti ada..insyaALLAH
wassalam

()

Faviconada apa dengan 11 oktober?? 11 Oct 2008, 2:54 pm

Sabtu..11 okt 2008
assalamualaikum wbt...

bangun pagi aku dah teringat open house Majlis Syura Muslimin (MSM) di UCD yang akan bermula pd pukul 11pg..sebenarnya aku tak brapa tau sangat pasal MSM, tapi bila mengetahui ramai rakan akan menghadirkan diri, aku tetiba excited...hohohoho...sbnarnya minggu lepas aku homesick (agk serius), tapi skrg dah kembali normal..cool~



Roomateku masih lagi lena disebalik duvet akibat kepenatan stay out malam semalam..huhuhu... menjelang 6.37 pagi baru ku kejutkan dia utk solat subuh berjemaah...kemudian sambung tidur balik sedangkan aku masih terkial-kial ngn nota embryology y masih belum ku hadam sepenuhnya...

Kul 1125pg aku dan Aus mula berangkat dari umah kami dengan satu tujuan-makan sepuas2nya di open house nanti...perjalanan kami menaiki dua bas-dari umah ke city centre-dari city centre ke UCD...hohoho...sgt teruja..sebenarnya Dublin Bus iaitu syarikat per"bas"an di Dublin ni boleh dikatakan efective...2 tingkat..sudah menjadi kebiasaan aku akan duduk di tingkat atas, paling depan, sebelah kiri (mampu imagine??) sbb aku suka tengok permandangan luar..namun perkara yang menggerunkan ialah bas ni sgt laju walaupun melalui lorong2 kecil (jalan di Dublin sgt kecil)...kadang2 aku sgt takut kot2 bas tu terlanggar tiang lampu isyarat takpun pokok di tepi jalan-pastinya aku yang akan terima padahnya disebabkan keberadaanku di depan sekali..hohoho alhamdulillah so far smuanya selamat...




sampai di UCD kul 1223tghari..hohoho..kali kedua menjejakkan kaki ke sini...lantas ada seniors UCD membawa kami ke Dewan Astra, di mana open house berlangsung..yang herannya, kami dibawa melalui denai yang berselut..entah..mybe tu lorong shortcut bg plajar2 UCD..habis kasut adidas Rantau Panjangku dilekati selut..hampeh sguh..redha jela...sempat menjeling ke arah sbuah rangka basikal y tidak bertayar (beroda) akibat kes kecurian..tu yang mebuatkan aku serba salah utk mebli basikal di desa Dublin nih..kes kecurian basikal sgt tinggi..



ketibaan kami disambut ngn mesra oleh ahli2 MSM...sekejap kemudian bersua ngn Nabil..wawawawa kenangan lama menerjah ingatan...sgt gumbira...lantas beberapa ribu gambar di"snap" sepanjang pertemuan..hahaha kesian Nabil, katanya selama dia di Belfast, takde org pulak amek gambar dia..asyik dia jer amek gambar org..takpe..ari ni biar aku amek gambar ko dgn segala kepakaran y aku ada (hohoho tak perlu terlalu poyo)...



makan..minum..borak..sambung makan..amek gambaq...makan pulak..bangun kejap sambut Duta Malaysia di Ireland..makan lagi..wawawawa habis la program dietku y telah bermula 23jam y lepas..aiyoyo...banyak crita nabil nih...huhuhu termasuk kisah di Czech (ops..)...kemudian cam biasa, sesi bergambar bsama rakan2 yang lain bermula..hohoho...budak2 beseri...M06cians..dan sebagainya...masing2 obsess nak bergambar..so kami tak ketinggalan...apatah lagi ngn kamera nabil y sama mahal ngn harga lembuku yang baru terjual....smuanya tak terlepas drp di"snap"..keluar dewan gi jalan2 ngn nabil keliling UCD...sgt cantik tasiknya..ngn beberapa swan mutasi y amat sukakan makanan..aiyoyoo terkenang ketua IRPku..bagaimanakah dia sekarang???lupakan sementara~ bertandang ke umah Arman utk solat Zuhur berjemaah..amat luas dan selesa (berpadanan ngn 400euro sbulan)...kemudian jalan2 lagi sblum tiba waktu balik...huhu insyaALLAH jumpa ko lagi Nabil di lain hari..Aus kena balik awal disebabkan jadualnya masak ari ni...kami keluar dari UCD ngn hati dan perut y bahagia...







Di City Centre, aku berpisah ngn Aus kerana tugas memasaknya di rumah sedangkan aku masih ingin bjalan2 di city..hohoho sguh bersemangat...aku berseorangan jalan di kota DESA dublin...mlihat Spire yang merupakan mercu tanda (puncak tertinggi) di sini..tak melepaskan peluang amek gambar (guna kamera hp jer-huhuhu)...juga pusing2 di shopping mall srata di sini walaupun duit dan passport tertinggal di dlm bilik..jalan sorang2 mbuatkan aku rasa bebas dari segala kokongan..bebas berlari ke sana ke mari... Kat Dublin ada perkidmatan ala-ala komuter yang dikenali dengan nama LUAS( agak sempit sebenarnya~)..aku masih belum berpeluang utk melabuhkan punggung di dlm LUAS tu,insyaALLAH jika ada kesempatan akan menaiki jua...













bila terasa puas, mula terfikir utk masuk ke Trinity College Dublin...urm..besar dan mengkagumkan...ngn struktur bangunan y klihatan klasik namun utuh...padang yang menghijau (yang ni RCSI takde)...Book oF Kells..dan yang paling memukau pandangan ialah Sphere within a Sphere-satu sculpture oleh Arnaldo Pomodoro y terletak di tengah2 TCD...terkesima lagi tergezut... subhanallah...aku hampir gelabah bila pintu utama TCD ditutup tatkala kul 6ptg..terbayang aku terkurung di situ sehingga pagi esok...hahahaha..rupanya ada pintu lain..lega~















Terlihat Dublin Bus bernombor 122..yang dikatakan melalui depan umahku di dublin 8, lantas aku menaikinya..sangat tenang dan gumbira...namun something had happened...jeng jeng jeng.. akibat kegeraman terhadap anakanda (panggilan terhadap remaja Irish) yang mengankat jari tengahnya terhadapku ngn slumber gajahnya, aku terlupa utk berhenti di depan umahku (ni kali ptama aku naik bas bersendirian)...sedar2 dah tiba di mana ntah..yang aku ingat ada padang bola...hohoho mmg kecuakan tahap maksima..bimbang takut dah sampai ke Manchester (hoho tak perlu~bas ni hnya berfungsi di desa Dublin jer) namun kekuatan masih menghadiri diri ni utk bertanya kpd driver bas...hahaha dia tersenyum bila aku katakan aku terlepas umah dan aku baru 2 minggu di Ireland...driver tu juga memuji baju melayu yang aku pakai...dan aku habaq kat dia aku ni muslim..senyum jer dia...hohoho..terpaksa pusing balik ke city centre utk amek route y lalu depan umah aku..suppose aku sampai umah kul 6.40petang (jangkaan), namun incident terlepas umah mnyebabkan aku terlambat hingga kul 8mlm....bergegas aku solat maghrib..hohoho

balik...mandi...ada tetamu...makan..buka laptop...rasa nk rehat (tidur)..zzzzz...

skian dulu...wassalam...


P/S:sebenarnya masih banyak gambar2 cumanya tidak sempat amek daripada Nabil..so inilah yang termampu..

()

Faviconseminggu sudah 3 Oct 2008, 11:41 am

Khamis 3hb Okt 11.23pm...tatkala diri dikurniakan kesempatan utk menyampaikan khabar..huhu..

assalamualaikum dan salam sejahtera
rasanya masih belum terlewat untukku melayangkan salam aidilfitri utk kalian smua (y visit blog aku je la,hahaha)...Ku susun sepuluh jari memohon kemaafan utk setiap salah silap sepanjang detik perkenalan.Aku pun halalkan sgala makan minum mana2 kawan y terambil samada sengaja atau tidak (khusus kepada sahabat di Cardiff,haha)...

dalam kekalutan, genap seminggu diriku mendarat di bumi Ireland ini, tepatnya di Dublin (tak gi lagi tmpat lain)..banyak pkara baru y aku alami (at least perkara baru utk aku la) yang sememangnya berbeza dngn apa y kedapatan di Bachok, mahupun negara tercinta Malaysia..huhuhu..Sedikit ulasan ttg keberadaan aku di sini..

KEBERANGKATAN DAN KETIBAAN
Terima kasih kpd ahli keluarga dan sedara2 y sudi datang bertandang ke KLIA tempoh hari...doakan Ee bjaya di sini..kpd kawan2 y bersusah payah dtg, tiada ucapan y bisa mngambarkan perasaan terharu dan terima kasih...smoga kita sama2 bjaya...Perjalanan y mgambil masa lebih kurg 12 jam ke airport Frankfurt Germany alhamdulillah berjalan lancar walaupun seluarku kunyup kerana air tertumpah tatkala kapal terbang bergegar kuat akibat cuaca y tak elok..(at least aku bnasib baik dibandingkan kawanku y tertumpah beer ke ats tudungnya) ..dari Frankfurt ke Dublin hanya 2 jam mnaiki Air Lingus...ketibaan kami disambut dengan meriah oleh seniors pada pukul 12tgh waktu ireland...akibat kepenatan, aku tertidur slpas maghrib..terbangun kul 2 pagi..aiyoyo..walaupun stelah smgu, aku masih terikut2 waktu malaysia, terutamanya bab tidur..

Family yang sentiasa diingati

Rakan2 Beseriku yang supportive


Terima kasih kerana sudi datang, wpun tanpa tat nenas


Frankfurt Airport Germany


Selamat Men'landing'kan dirinya

RUMAHKU SYURGAKU
Rumahku (218) berlokasi di dublin 8..betul2 depan Dublin Mosque( y diubah dari church)...asal lintas jalan je msti dah sampai masjid...asal dah sampai masjid jer, mesti aku dah lintas jalan...Rumah 2 tingkat, 14 phuni, 8 bilik..harapnya aku bahagia di sini..roomateku Firdhaus Pazil atau lebih mesra dipanggil Aus..setakat ni segalanya beres lagi memuaskan hati...banyak kami shopping utk memeriahkan bilik kami..thanks Aus..

Roomateku,Aus Pazil

SEKOLAHKU
25 minit berjalan dari rumahku..RCSI, spt y diperkatakan, mmg kecik..hanya 4 course ditawarkan-medic, pharm, physio, dan nursing..tapi sistemnya boleh dikatakan y terbaik..termoden..(org kata)..lecture smuanya ok, cuma diriku memerlukan lebih masa utk men'adaptasi' telingaku agar cekap menangkap terminology oleh lecturer..aiyo tensioon..org malaysia agar banyak di sana...sehinggakan kat lobby kolej pun ada jam waktu Kuala Lumpur (ada kaitan ker??)...ada Prayer room yang juga dibuat solat jumaat kat sini..sgt bertuah..hari ni aku dah mula masuk lab anatomy..huhu..kami blajar lower limb...tanganku kuat menggigil tatkala men'dissect' paha manyat yang tidak kuketahui telah disimpan brapa tahun..huhu..insyaALLAH aku akan berusaha sedaya mungkin utk grad di rcsi ngn jayanya..

No idea
MASJID
huhu, sangat bersyukur sbb di Dublin ni banyak masjid...setakat ni aku berpeluang utk berkunjung 3 masjid besar..satunya Dublin Mosque(depan umahku)..duanya ICC, yang mana aku berkunjung utk Iftar selepas melawat Arman di University College Dublin (UCD)...sangat lawa dan sempurna..merupakan masjid terbesar di Ireland..ketiganya ialah Madina Mosque y mana aku berkunjung utk solat Jumaat tadi...terletak di City Centre...baru didirikan..bak kata orang luar cam setinggan, dalam cam kondo...tapi yang tak tahan khutbahnya dalam bahasa Urdu...langsung tak faham..terkenang CD hindustan yang banyak di rumah..yang peliknya slpas solat jumaat, mreka sambung 2 rakaat lagi..katanya wajib..aiyoyo..basically, masjid merupakan tempat y sangat penting sbg tempat pertemuan dengan malaysian and muslim...moga aku dikurniakan tenaga n hidayah utk slalu berkunjung ke sana...

Berbasikal di UCD(basikal pinjam)

Dublin Mosque

Madina Mosque

Dubliners...

hahah,betulker??Mreka mmg ramah...selalu tersenyum dan boleh diajak berbual..slalu bagi jalan kpd penjalan kaki spt kami (cam biasa la)..tp bnda y baru bg aku ialah "Anakdol" iaitu perkataan y digunakan kpd (sebilangan kecil) kanak2 Irish yang nakal dan jahat (serius)...kiranya mreka ni Irish y tak educated laa ..takpun kurg bertamadun ...mreka amat tak suka foreigners, tmasuk malaysian..pernah kawanku dibaling telur..ditolak dari basikal..dibuang sampah..diajak bertumbuk etc...sbb tu kami slalu jalan in group..yer la,lebih baik mcegah dr mengubat.. y paling malang, statistik menunjukkan purata stiap plajar malaysia akan dicuri basikalnya...dah la basikal agak mahal (bg aku mahal la)-200-300euro...kalu basikalku dicuri, mmg kekecewaan y teramat moksya laa..haha..lelaki Irish amat la macho dan tinggi lagi sasa..sometimes aku rasa diri aku kerdil dan pendek jer kat sini..aiyoyo...Ppuan Irish pulak boleh dikatakan 'hot' (y muda mudi), energetic dan talkative...tapi bagiku ppuan melayu malaysia lagi elok..huhu (terutamanya y menjaga penampilan n batas aurat)~lupakan...

Eid Mubarak
huhuhu, yang ni pngalaman baru kat sini.Kami malaysians mostly gi solat raya dekat malaysia hall..mmg ramai malaysian kat dublin ni..huhu..ada plajar y datang ngn housemate..dengn kawan2, dengan suami or isteri dan y paling tak tahan dngn baby dalam stroller..huhuhu..begitu bahagia mereka...slpas selesai di malaysia hall, kami berkunjung ke umah Hj Fauzi( businessman malaysia kat ireland)..huhuhu..gila bangat mewah makanan..tapi diriku beku akibat kesejukan dan angin y kencang di luar rumah (aku n aus kena makan kat luar sbb kat dalam penuh)..banyak gi jalan2 ke umah malaysian y lain..huhuhu..tepat kul 3pm terpaksa pergi ke rcsi sbb ada kelas..huhuhu..slepas klas gi ke St Stephen Green Park bsama ngn Aus, Auni Nadiah dan Arslan (sahabatku dari Norway-merangkap bodyguardku-,mmg tough)...hujung mgu ni pun banyak open house ni serata Dublin..hohoho...



Housemates before gi Solat raya


KMBians di umah Hj Fauzi

Di Malaysia Hall


Petang raya


Di St Stephen Green Park dengan Arslan


Lagi gambar bersama Arslan

Sekian sahaja dulu buat kali ini...diriku hanya insan kerdil di dublin..wassalam


()

FaviconLong Distance Goodbye 22 Sep 2008, 9:45 am

TARIKH PENERBANGAN : 25 SEPTEMBER 2008
CONNECTING : 26 SEPTEMBER 2008
DESTINASI : KUALA LUMPUR / FRANKFURT
DESTINASI : FRANKFURT / DUBLIN
PENERBANGAN : MH 6