phpFaber TopSites 3.5
HooFoo.Net Manage another Free top blog top site for Blogger. Add Your blog to topblog.hoofoo.net and get more traffic to your blog , If you have not blog create it now from Blogs.lk | Blogger | WordPress
Total WebLog listed: 30
50000 Blogger Blog Index And 4000 Wordpress Blog Index
Blogger Blog Index | Wordpress Blog Index |Blog.co.in Index
Main Page | Browse Blog Categories | Top Winners Blog | Join TopBlog | Edit Member Info | Lost Code | Lost Password | FAQ | RSS
A-Blog    B-Blog    C-Blog    D-Blog    E-Blog    F-Blog    G-Blog    H-Blog    I-Blog    J-Blog    K-Blog    L-Blog    M-Blog    N-Blog    O-Blog    P-Blog    Q-Blog    R-Blog    S-Blog    T-Blog    U-Blog    V-Blog    W-Blog    X-Blog    Y-Blog   Z-Blog 
Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8   

....my stories....

..."We never know the love of our parents for us till we have become parents."...

FaviconPalestine...Kami Bersamamu 7 Jan 2009, 4:43 am

Sambutan Maal Hijrah di adakan pada pagi ini bertempat di Dewan Multaqa.
Pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang dijemput untuk berceramah.
Ustaz menunjukkan slide yang berkaitan dengan salahlaku2 golongan remaja
dan
kebanyakkannya melibatkan pelajar2 sekolah!
Pelbagai salahlaku...malas nak sebut
Memalukan, memualkan
dan
siapakah mereka ini?
Oh sungguh sedih!
Sungguh kecewa!
Siapa??
Orang Melayu..
Gejala2 ini berleluasa terutamanya selepas tengah malam
selepas sambutan malam tahun baru..
Konsert Jomheboh..dan yang sewaktu dengannya..
menyampah betul!
Dan ustaz beritau
Mengikut imam Al-Ghazali
Selepas majlis ilmu akan terbentuk dua golongan
Golongan pertama : pulang bawa hikayat
Golongan kedua: pulang bawa hidayah
Jadi..terpulanglah golongan mana yang kamu pilih.
*******
Kemudian diteruskan majlis dengan pelancaran Tabung Derma "Palestin Kami Bersamamu"
Tapi sebelum itu Ustazah Hjh Siti Arija telah menayangkan video menunjukkan kekejaman rejim zionis membelasah orang2 Palestin, bedilan2, mayat2 bergelimpangan etc etc
Sungguh menyayat hati
Menitis airmataku!!
Kemudian Ustaz Jamali mengetuai bacaan doa agar Allah swt melindungi orang2 Islam dari terus ditindas oleh orang2 kafir laknatullah.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

()

FaviconHari Pertama Sesi 2009... 5 Jan 2009, 8:44 am

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2009
Perhimpunan rasmi bermula seawal 7.40 pagi
Kemudian pelajar2 tingkatan 1 menjalani program orientasi di dewan terbuka
Riuh rendah budak2 tu..mereka masih macam budak2 sekolah rendah!
Ye laa...baru hari pertama kann!

Yang saya dok perhatikan .. kecik2nye budak ni!
Tu yang menyebabkan mereka tersangat aktif..lari sana,lari sini..
Bedebaaang! jatuh depan toilet ...he3!!
Aku ketawa tengok budak tu...
Aku cakap kat dia .. "lain kali jalan molek2 awang!"




()

FaviconSemoga dapat haji mabrur... 2 Jan 2009, 11:45 pm

Kawan kami baru pulang dari menunaikan haji
Tn Hj Yusof & Pn Hjh Asmah
Mereka adalah kawan lama
Semoga kedua-dua mereka mendapat haji yang mabrur
Amin!

Ini adalah ketika Hj Yusof & famili datang pada 20 Ogos 2008. Mereka pergi shopping kat ECM (kalau tak silaplah!)

()

FaviconHari Pendaftaran Tingkatan 1 1 Jan 2009, 11:12 pm

Hari ini adalah Hari Pendaftaran Pelajar2 Tingkatan satu
Jam 7.40 pagi saya dah sampai sekolah...
Hujan tak berhenti2 sejak malam tadi lagi
Eh! nape tak de orang ni??
Pukul berapa mula?
Lama menunggu...saya pun bukalah semua pintu dewan
Kemudian barulah nampak En Moses datang nak testing PA System.
Dan
Jumpalah besan & menantuku Faizal...
Mereka nak daftarkan Fatin (cucu / anak saudara)
(Fatin - yatim piatu - nanti nak bagi borang biasiswa-layak dapat!)
Fatin dapat 5A..layak masuk kelas KAA
Tapi enggak mau dia!!
Takut tak boleh ikut B.Arab tu..
So
Masuk kelas 1Amanah.
Nape Fatin jeling jer?
Neneknya senyum manis sokmo..!


Ada lagi kenalan...sape eik??
Tn Hj Zaharudin - suami Gee
Datang daftar anaknya si Fareez
Fareez dapat 4A1B
Relax jer dia masuk kelas 1 KAA
Dengar cerita dok kejap jer kat sekolah ni..
Sebab dah mohon nak ke SMART!
Eh Eh! Si Fiza pun ada jugak?
Ha ah! daftar anak jugak...
Eloklah anak duduk satu sekolah dengan mak..
Senang nak pantau
Macam saya ni kan!
Penjaga mendapatkan barang2 Koperasi ...
Guru2 Koperasi paling sibuk
Tak pe sibuk pun..duit masuk banyak
Belanja kami makan kat kantin tadi - terima kasih daun keladi!
Ibubapa & penjaga berurusan dengan pihak Koperasi.
Apa yang saya rasa amat lega tahun ini adalah ..
Saya hanya-
Bantu semak dokumen di dewan saja!!
Bagus betul GPK Hem kita En J tu..
Yuran tak payah bayar pun hari ini..
Penjaga senyum, guru2 lagi tersenyum!!
Di samping itu, saya berjumpa semula bekas2 pelajar saya yang dah jadi emak2 ni..
Mereka datang daftar anak2 mereka pulak!
Eh eh...Cik gu..ada kat sini lagi?
Cik gu kenal / ingat tak saya?
Cik gu ajar saya sains dulu..
Bla bla bla...
Dah ramai cucu2 saya kat sini!!
Dulu ajar ayah / emak mereka..
Sekarang ni..ajar anak2 mereka pulak dah..
Ini menunjukkan betapa lamanya saya di SMKPaya Besar!
Cuba kira berapa tahun..
Semenjak
1986!

Rasa2nya tak ada orang yang boleh pecahkan rekod saya!!

Tak tau lah...Nita boleh kut!

()

FaviconMinum kopi & makan malam 1 Jan 2009, 9:13 am

Petang ini sekali lagi pergi ECM
Anak2 nak minum kopi!
Malam ni...tak makan nasi...
Western sikit.....sikit jer...
Dok tengok fp Hanieliza tu...
Terliur kat resepi Chicken chop!
Hah..jap ma masak ya..
Perap ayam jap, goreng french fries, celur carrot & brocolli,
Goreng ayam sebentar & then grill pulak,
Buat sos black pepper
Buka tin baked beans - serve
So apa lagi...ayuh makan ... yummy...
Darling pun tak makan nasilah malam ni
Tapi kan dah makan jam 6 petang tadi..he he he

()

Favicon1 Januari 2009... 31 Dec 2008, 10:35 pm


...SELAMAT TAHUN BARU 2009...
SAMA-SAMA KITA SEMUA BERDOA KE HADRAT ALLAH SWT
SEMOGA URUSAN DUNIA & AKHIRAT KITA DI PERMUDAHKAN OLEHNYA
AMIN!

FaviconPMR Results... 30 Dec 2008, 3:53 am

The PMR Exam results are released today
Well...look! The teachers are so busy counting the numbers!
Numbers??
Yea...to find out the percentage scored for each subject ...
I still do not know the details
I guess I shall get them when we attend the first Staff meeting tomorrow
These ex-students who did well last year turn up to give the supports to their juniors.

Some of the girls get very nervous waiting for the moment to see their achievements

The boys do not feel that nervous, they are more relax...
Very cool!!

...S M I LE S...
And....these are the 9 students who are excellent!
They scored 8As
C O N G R A T U L A T I O N S!
You have made us proud
You have made your parents proud of you...
Syukur kepada ALLAH Swt.
A few scenes caught this morning
So, that's it...
( I have yet to see how many students scored A in their Science paper!!)

()

FaviconAwal Muharam 1430H... 28 Dec 2008, 1:24 am

Malam nanti ada Sambutan Maal Hijrah / Awal Muharam 1430
Surau Ar Raudhah, Taman Guru.
Majlis akan bermula dengan Bacaan Doa Akhir Tahun
Di ikuti dengan solat fardhu maghrib, solat sunat hajat dan
Bacaan Doa Awal Tahun.
Kemudian akan di ikuti dengan Ceramah : Maal Hijrah
Penceramah: Ustaz Abdul Kamil b Hj Jamaluddin (Pensyarah UMP)
Selepas solat isyak
akan
dijamu dengan makan makan ....
Tajaan
Tuan Haji Idham b Hj Abdul Karim (SHAHPUTRA)
.
.
.
.
.
.
Aku berharap aku akan berubah menjadi mukmim yang lebih baik.Amin!
Berhijrahlah
ke jalan
yang lebih baik!

FaviconGen 2... 27 Dec 2008, 3:22 am

Sape2 yang nak beli Gen 2...
Ni alamatnya kat sini...
Muahahaha...bukan Gen 2 kete lah...
Gen 2 kerepok!!
Sedap ni...cayalah
Suami selalu dok beli yang brand nih...


Ha ha ha...
McJu & McRai...selamat makan keropok + sos cili yang ma sediakan tuuu...

()

FaviconTetamu ... 26 Dec 2008, 12:06 am

Malam tadi adik saya Man & famili datang!
Mereka dari Genting Highlands setelah dua malam dah bercuti dengan anak2 di KL
Kami sangat gembira dengan kedatangan tetamu ini
Mereka menceriakan suasana
Terima Kasih Sa& Man
Lain kali datang lagi ya...

()

FaviconKenangan 2008... 25 Dec 2008, 7:07 am

Yang best...makan-makanlah...
Yang kena jaga...kucing2 seramai 6 ekor
Yang nak kena buang...banyak pokok2 bunga
Sebab? Tak terdaya dah nak uruskan

()

Favicon'Kasut Terbang'... 24 Dec 2008, 6:26 am

Rezeki Pembuat kasut Turki...

Semua orang dah tau!

Hadiah yang akan terpahat dalam sanubari penerimanya...he3

Aku pun ingat nak gi beli kasut gak..

Ya laa...sekolah dah dekat nak buka ni
Kasut belum beli lagi!
"Eish2...Yang! Tak payahlah beli2 kasut!Kan kasut u tu dah banyak..."

(Terus mati selera nak membeli!!)

()

FaviconRumahku dirobohkan... 24 Dec 2008, 6:18 am

Pagi semalam...ruang tamuku tu telah dirobohkan!
Hu3...(sob!)
Jika nak ikatkan batu bata tu...amatlah slow prosesnya
Tapi...nak robohkan
Sekelip mata dah runtuh...

()

FaviconMinum kopi petang Sabtu... 20 Dec 2008, 7:11 am

Petang tadi kami ke Starbucks Coffee, Megamall. Mulanya saya malas nak ke sana, tapi dek pujukan & godaan anak2 saya akur dan ikut mereka. Apalagi...seronoklah dia orang bila saya setuju nak pergi.
Minum , minum , minum & minum...tapi tak boleh habiskan! Blueberry cheesecake is yummy!!
Sebelum balik, McRai nak tapau sushi pulak...yang ni sorang suka makanan Jepun & love everything about Japanese!!
So, malam ni tak de dinner lah...tapi tadi saya 'tengok' suami diam2 makan nasi dengan budu...he3! Ha...yang ni sorang tak boleh tidur kalau tak pekena nasi...walaupun tadi semasa balik dia dah beritau , "Yang, malam ni I tak makan nasi dah!" ( dalam hati :) boleh percaya ke ni)
So tertunailah hajat McE nak minum kopi. Amacam E? Wokeh ker??

()

FaviconVisitors of The Year... 19 Dec 2008, 6:13 am

Umi & Family
They come from Kemaman this morning
Alia, grows tall ... soon she gonna be taller than her mum!
Isa, though feeling slightly dizzy...can still smile!
He's a real cool guy

I suggest that they put up a nite at my place
But they politely refuse as they have things to do tomorrow

What I am thinking is to give them an award...
An award?? What for??
Being a sister who has vistited me most for this year!

()

FaviconGot to treat my son ... 18 Dec 2008, 6:47 am

Coffee ??
My son Nazri (E) asked me to take him for a coffee treat...
No problem!
Somehow E, Ju & myself are now coffee addicted ( addicted to caffeine!)
So...E wants me to take him to Starbuck Coffee at Megamall...
Oops...OR is it...

This Setarbak Kopi???

()

Favicon3Kaa 2007... 17 Dec 2008, 6:53 am

I was the Form Teacher of 3Kaa 2007
I miss all of you so much!!
They are all very nice students...
Only a few are still in SMKPB, Kuantan.
Though you are not around...but the sweet memories are deep in my heart!
I treasured those 3 wonderful years ( 2005-2007) teaching science to you...
I wish that all of you will do very well in your SPM in 2009
G O O D L U C K!!

()

FaviconKenangan Terindah 2008 15 Dec 2008, 12:08 am

Saya sangat2 suka menjengok blog mereka yang tinggal di Makkah, Madinah, Jeddah, Awali, Yanbu dan sekitarnya.
Tiap kali ianya akan mengimbaukan saat keindahan ketika kami menunaikan umrah pada bulan mei yang lalu...
Keinginan untuk ke Baitullah tidak pernah padam,
Ada ketikanya rasa nak pergi sesangat!!
Justeru, setiap masa saya memohon agar Allah swt menjemput saya menjadi tetamuNya lagi.
Bila?
Hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui!
Insya Allah akan dipermudahkanNya!
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


()

FaviconTerima Kasih Prof... 11 Dec 2008, 5:05 pm

Malam tadi Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim telah menyampaikan ceramah di Surau Ar Raudhah, Taman Guru.
Prof telah menyentuh banyak hati Pak Cik2 & Mak Cik2 yang hadir pada malam tadi...
Tapi ada juga beberapa orang muda2 yang hadir!!
Beliau bercerita perihal pengalamannya sebelum, semasa & selepas mengerjakan haji.
Memang rugi jika tidak hadir malam tadi ( bagi aku lah!)
Aku lihat wajah Prof yang bersih, bercahaya & tenang!

Sempat bertemu dengan Roza & Sofea

Mengalir airmataku bila membaca coretan Prof di kedua-dua buku yang aku suruh Prof tandatangan malam tadi. Entah kenapa hatiku tersentuh dengan ayat2 tersebut.

Terima Kasih banyak2 ya Prof..Hanya Allah sajalah yang boleh membalas jasa baik Prof yang telah sudi datang ke sini untuk berkongsi pengalaman yang amat berharga itu dengan kami semua.
******************************************************
Pagi ini ramai pulaklah yang bertanyakan suamiku di manakah mereka boleh beli buku2 Prof tu!
Kedua2 boleh dibeli di Hamid Bros.
Travelog Haji: RM26.00
Travelog Dakwah: RM18.00

()

FaviconCeramah di Surau Ar Raudhah... 10 Dec 2008, 6:08 pm

CERAMAH AGAMA
TEMPAT: SURAU AR RAUDHAH, TAMAN GURU, KUANTAN
MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TAJUK: TAUFIK & HIIDAYAH
PENCERAMAH: PROF.DR.HJ MUHD KAMIL B IBRAHIM
DIJEMPUT SEMUA YANG MEMBACA BLOG SAYA HADIR.

FaviconTribute to Lutfi aka Kamitaken... 10 Dec 2008, 2:36 am

Gambar2 ini Hj Lutfi punya!
Lutfi...mama minta izin ni ya...nak letak kat sini
Nape pulak?
Sebab nostalgia sesangat bila tengok scenes sebegini!!
Shots yang begini jarang kita nampak
dan
ini hanyalah dihasilkan jurugambar yang professional saja.
Syukran

()

FaviconTrip to Jakarta - Bandung ( Part V ) 9 Dec 2008, 1:28 am

Tempat Penginapan di Puncak
Setelah turun dari Puncak Inn, kami ke Bandung. Kali ini shopping di Pasar Baru.

Juga shopping di Diaz
Aduhai!!! Handbags...drives me crazy....
Malamnya kami ke Cihampelas untuk membeli jeans ,T-shirts etc dari factory outlets yang banyak terdapat di sini. Namun masa agak terbatas untuk kami "meneroka" semua kedai!!
Semasa menunggu beberapa rakan shopping, kami dihiburkan oleh penyanyi jalanan yang bersuara lunak. Apalagi!! riuh rendahlah dalam bas kami...
Pok Nak pun nyanyi gak...he3
Banyak jugak rupiah yang kami semua sumbangkan...
Ini adalah antara cara punca pendapatan pemuda di sini, selain dari apa yang kami perhatikan (onjet payung, jualan segala barangan tanpa jemu / mengalah!!)
Hinggakan kekadang rasa macam kena ambush gituu...
Namun...tak nampak peminta sedekah!!

Akhirnya..."Hah, ni lah kasut Adidas yang dibeli untuk anak saya!"
(Beli di Cibaduyut - factory outlet banyak kat sini )
************
Malam terakhir kami menginap di Hotel Karang Setra Bandung.


Itulah serba sedikit coretan selama 5H 4M di Jakarta & Bandung.
Nak tulis panjang2, terasa m---s!!

()

FaviconTrip to Jakarta - Bandung ( Part IV ) 9 Dec 2008, 12:47 am


Lawatan ke Taman Mini Indonesia

Muzeum



Malam berikutnya kami menginap di Puncak Inn, Puncak.
Resort ini sangat cantik. Pemandangan pun cantik.
Nampak sejuk gitu....tapi tak lah sejuk mana pun!!

()

FaviconTrip to Jakarta - Bandung ( Part III ) 8 Dec 2008, 11:46 pm

Kami sangat bersyukur, walaupun sibok bershopping, Allah memberikan kami kesempatan untuk solat maghrib berjemaah di Masjid Istiqlal, Jakarta.
Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Indonesia dan boleh memuatkan 200,000 orang jemaah pada satu2 masa. Kami amat berbesar hati kerana diberikan layanan yang tersangat istimewa oleh pegawai masjid bernama Didi (betul ke Nita??)
Lihat! Gong yang tersangatlah besarnya!!

Selesai solat kami makan malam pula....


Esoknya saya & Nita menaiki bajaj pusing2 sekitar hotel penginapan selama 20 minit dengan bayaran 20,000 rupiah.

Kami juga dibawa ke Butik yang menjual batik yang exclusive.
Saya tidaklah membeli...kerana baju yang saya berkenan tu harganya 300,000 rupiah sehelai.
( Nota: Akif - penghibur kami semasa di dalam bas )
Ukiran yang cantik ini terdapat dalam Masjid At-Tin, di Taman Mini Indonesia.
Kami solat di sini sebelum melawat Taman Mini Indonesia.


()

FaviconTrip to Jakarta - Bandung ( Part II ) 8 Dec 2008, 10:23 pm

Indonesian Art Centre

Terdapat pelbagai hasil seni ciptaan seniman di sini. Mereka sangat kreatif dan ukiran yang di hasilkan tersangat menarik. Saya kagum dengan hasil sebegini!
Selepas penat berjalan-jalan di sekitar Taman Seni, kami shopping pulak.

Shopping di Cempaka Mas.

Selepas itu shopping sakan pulak!!Aduh2...ribu2 rupiah...ratusan ribu rupiah habis dong!!!

Tengok...Nita dok sibok shopping bersama ibu Norihan.

Makan di restoran masakan Padang.

Sudah kenyang & solat ...berposing di pelamin!!

()

Page-1    Page-2    Page-3    Page-4    Page-5    Page-6    Page-7    Page-8   


Powered by phpFaber TopSites
Copyright © 2004-2007 www.hoofoo.net. All rights reserved.